Tuesday, February 21, 2012

Ramai juga teringin nak duduk kerusi Dun Kunak?

. secangkir kopi nai, enak diminum di hari petang,
sanggar suam panas, sambil rakan bersembang,
hirupan kopi panas, pilihanraya topik dibincang,
dalam merangka rencana semakin diambang...

Dari beberapa bacaan di laman blog dan facebook tertentu sebelum ini, ramai juga dilaporkan yang nak duduk di kerusi Dun Kunak. Rentetan itu, pelobi sama ada dari tempatan atau pelobi luar mencuba nasib manalah tahu 'langkah kanan' dapat juga dicalonkan mewakili BN dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Lobi-melobi sebenarnya perkara biasa dan sudah menjadi lumrah setiap kali apabila pilihanraya hendak diadakan (lima tahun, sekali).

Saya sendiri tidak berapa yakin sama ada nama yang disebut di sini benar-benar telah melobi atau dalam rangka cadangan untuk melobi bagi mencuba nasib untuk dipilih sebagai calon BN Kunak mahupun ada juga yang mahu mencuba untuk kawasan Parlimen Silam pada Pilihanraya akan datang.

Cakap-cakap di kadai kopi, ada yang seperti meyakinkan bahawa antara mereka yang disebut ini sememangnya ada melobi. Pada hemat saya, semakin ramai yang melobi bermakna semakin kuatnya persaingan yang ada dan itulah lumrah dalam politik sebenarnya...

Antara mereka yang disebut dalam bual-bual kedai kopi pernah atau mungkin cuba ingin melobi untuk kerusi Kunak seperti; Datuk Jasa Rauddah (mantan Adun Kunak selama dua penggal), Abdul Rahim Wahab, Industan Lumantang, Hj Hussin Ibnu Hassan, Hj Yusof Apdal, Herman Rahim, Eyuki Ugi, Zahari Lorong, Balnama Kauluh, James Lakim, Jalilul Hajirul, Datuk Salsidu Hj Ibrahim, Drs Marsidi Katong, Lahari Lasari, Amatsah Talib, dan .... beberapa lagi nama yang tidak sebut.
Penyandang kerusi Dun Kunak ketika ini adalah Datuk Nilwan Kabang yang juga Pengerusi Perkasa negeri Sabah.

Bukan sahaja dalam parti Umno berlaku lobi-melobi untuk kerusi tertentu, tetapi juga parti-parti lain dalam komponen BN juga menyaksikan keadaan serupa, begitu juga lah dengan parti pembangkang di pihak PKR bagi kawasan Kunak. Namun bagi Pakatan Rakyat (PKR) di Dun Kunak, isu lobi-melobi tidaklah sehebat yang berlaku dalam BN kerana belum kelihatan jelas berapa ramai di antara mereka yang mahu mencuba nasib untuk dipilih sebagai calon PKR di Dun Kunak pada pilihanraya umum nanti.


Friday, February 17, 2012

Antara calon tempatan dan "calon import", siapa sahaja yang boleh memberi kemajuan kepada masyarakat itu sudah bagus...

segmen: "Kopi panas"
Semakin memperkata bila tarikh pilihanraya umum ke 13 diadakan?, isu siapa calon yang akan diketengahkan terus menjadi topik panas di kedai-kedai kopi. Sempat juga berbual dengan rakan-rakan meskipun berbeza aliran politik.
Katanya, siapa sahaja calon sama ada di parti kerajaan BN atau pakatan rakyat, ia calon tempatan atau "calon import/ calon luar", yang menjadi perkara utama ialah kesanggupan, kebersungguhan seseorang calon atau pemimpin yang dipilih itu meneraju kepimpinan dan membantu masyarakat Kunak terutama dari segi pembangunan ekonomi dan infrastruktur.

"Tidak ada perlunya memilih calon tempatan jika yang dipilih tidak boleh membuat kerja untuk memastikan ekonomi masyarakat dan infrastruktur ditingkatkan", ujarnya sambil menambah masyarakat juga harus mempunyai komitmen untuk berusaha memajukan diri mereka.

"Saya sendiri suka kepada pemimpin meskipun dia calon import andaikata menang dalam pilihanraya, ia bersungguh-sungguh memajukan masyarakat terutama dari segi ekonomi", tegasnya.

"Siapa sahaja calon, ia tempatan ka atau "calon import" ka, yang penting sanggup bekerja, rajin untuk membantu masyarakatnya, bukan hanya apabila dekat pilihanraya. Yang penting fokus utamanya memajukan ekonomi masyarakat, membantu mereka mencari dan memberi peluang kepada perkembangan pendapatan atau ekonomi penduduk Kunak", jelas rakan dari Parti Pakatan itu.

Di Kunak ini, ramai pelobi dari luar berminat untuk masuk ke Dun Kunak disebabkan daerah ini;
"seperti syurga yang memiliki banyak sumber yang masih belum diterokai, dari pertanian, maritim dan produk-produk pelancongannya", ujar beliau.

Wednesday, February 15, 2012

'Ada ahli Umno cuba khianati parti'

KUNAK : Ada dalam kalangan segelintir ahli Umno yang sedang berusaha untuk mengkhianati parti itu melalui propaganda yang disebarkan di kedai-kedai kopi. Mendedahkan perkara itu di sini, Ketua Bahagian Umno Silam, Datuk Nasrun Datu Mansur berkata, mereka yang berbuat demikian sebenarnya mungkin berasa kecewa atas sebab tertentu sehingga menyatakan untuk memberi sokongan kepada parti pembangkang pada pilihanraya akan datang, andainya permintaan atau pilihan mereka tidak mendapat restu dari pucuk pimpinan terutama mengenai pemilihan siapa calon BN di sesuatu kawasan.

"Perkara ini disedari berlaku di Lahad Datu, dan kita sedang dan telah mengenalpasti individu berkenaan", katanya. Beliau menyatakan perkara itu ketika pertemuan dengan Ketua-ketua cawangan Umno di Dun Kunak pada Ahad yang diadakan di Pejabat Penyelaras Umno dekat sini, di bangunan Kunak Plaza.

Nasrun berkata, semua ahli Umno perlu memperkukuh hubungan yang baik dan menumpukan perhatian kepada persiapan menghadapi pilihanraya yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Menurutnya, soal siapa calon BN adalah ditentukan oleh pucuk pimpinan, dan ahli atau anggota parti komponen perlu bekerjasama memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional di semua kerusi dalam kawasan Parlimen Silam merangkumi Dun Kunak, Dun Lahad Datu dan Dun Tungku.

Dalam pada itu, beliau menasihati ahli-ahli parti supaya tidak mudah terpedaya dengan anasir-anasir negatif yang cuba dicetuskan oleh pihak tertentu dalam usaha mengucar-kacirkan perpaduan dalam parti.

Sementara itu, Ketua Cawangan Umno Kg Dasar Baru Tengah, Marasli Mordan berpendapat, ahli-ahli Umno seharusnya menumpukan kepada penyatuan dikalangan mereka dengan memberi penekanan kepada persefahaman dan bukannya cuba memecahbelah perpaduan dikalangan ahli yang sedia dijalin.

Marasli berkata, kepimpinan di peringkat Dun Kunak telah nyata membawa kebaikan kepada masyarakat khususnya penduduk di daerah itu yang mahukan kerusi Dun Kunak tetap diberikan kepada anak tempatan daerah itu, dan bukannya "calon import".

"Setiap kali menjelang pilihanraya, ada sahaja usaha untuk mencari publisiti murahan dari kalangan orang luar (pelobi) yang mahu menjajah pemikiran pengundi di kawasan Dun Kunak, termasuk juga di Lahad Datu... Kami di Kunak tetap menyokong penuh kepimpinan sedia ada dan jika sekalipun pucuk pimpinan mahu memilih calon BN Kunak, pilihlah calon dari kalangan anak jati tempatan di sini, kerana kami menolak calon import atau calon luar", jelasnya sambil disokong oleh Ketua-ketua cawangan Umno yang hadir di majlis itu. - DE

Lebih 41 kontinjen sertai perarakan sempena Maulidur Rasul di Kunak

Lebih 41 kontinjen dari jabatan dan agensi kerajaan, sekolah, badan NGO, syarikat swasta menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Kunak dari padang pekan ke Dewan Masyarakat yang dirasmikan oleh Adun Kunak, Datuk Nilwan Kabang Sabtu lalu di sini.

Pengerusi jawatankuasa induk majlis tersebut yang juga Pegawai Daerah, Susilo Sumarto menggesa umat Islam menjadikan Maulidur Rasul sebagai medan utama bagi menyebarkan Islam dan mendidik anak-anak mengingati perjuangan dan sirah Rasulullah S.A.W.

"Tarikh 12 Rabiulawal adalah detik penting kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W yang membawa rahmat dan menjadi penyelamat umat manusia.
Umat Islam memperingati tarikh kelahiran baginda dengan menyambut Maulidur Rasul yang menjadi landasan terbaik bagi menunjukkan rasa cinta kita kepada Nabi Muhammad, katanya, sambil menyeru masyarakat khususnya umat Islam agar berpegang teguh kepada ajaran agama dengan mengamalkan sikap toleransi, berkasih-sayang dan saling hormat-menghormati.

Turut hadir, Pegawai Pelajaran daerah, Zamri Pehakan, Pemangku Ketua Polis Daerah ASP Zulmukhry Ismail, Pegawai Rela Kunak, Lt Kol. Mohd Rosmi Saad, pemimpin-pemimpin masyarakat, serta umat Islam dari pelbagai kaum.

Majlis itu juga diisi dengan penyampaian berzanji, dan ceramah agama oleh jemputan khas, serta penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan sepanduk.

Tuesday, February 14, 2012

Pembangunan luar bandar di Kunak terus diperkasa

. Gambar atas, Shafie ketika berada di Kg Airport Batu 10; sementara gambar bawah ketika beliau meninjau Kg Pangkalan Madai di Kunak, baru-baru ini.



Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal baru-baru ini sempat meninjau beberapa buah kampung di daerah Kunak, antaranya Kg Pangkalan Madai dan Kg Airport Batu 10, yang mana ada diantara projek pembangunan di sana telah siap dan juga ada yang masih dalam proses pelaksanaan.

Penduduk di daerah Kunak memerlukan banyak lagi prasarana luar bandar terutama bekalan air bersih untuk disalurkan ke kampung-kampung sekitarnya termasuk Kg Sri Bahagia, Kg Mostyn Lama, dan kampung-kampung di kawasan Madai. Difahamkan, kawasan Giram dan Madai antara lokasi Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) yang akan dilaksana dan ada yang sedang dalam proses perlaksanaan.

Meskipun begitu, penduduk di Kg Sri Bahagia dan Kg Mostyn Lama yang kedua-dua kampung tersebut juga memerlukan kemudahan bekalan air bersih melalui projek yang sedang berjalan itu. Sebelum ini, permintaan penduduk untuk kampung berkenaan supaya dibekalkan dengan air paip pernah disiarkan dalam akhbar tempatan.

Diharapkan dengan kunjungan menteri berkenaan ke Kunak itu, penduduk yang belum memperoleh bekalan air bersih akan menekmati kemudahan itu pada masa hadapan kerana bekalan air merupakan satu-satunya prasarana luar bandar yang sangat diperlukan sejak dulu lagi.

Berikut adalah rangkuman berita mengenai lawatan beliau ke daerah Kunak, di pantai timur Sabah, minggu lalu. Sila klik di sini.

Saturday, February 11, 2012

POIC, Pelancongan rangsang ekonomi Sabah

Kerajaan Sabah bergantung kepada sektor kelapa sawit bagi merangsang ekonomi negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Dalam hubungan ini, beliau berkata kerajaan negeri menubuhkan Kelompok Industri Kelapa Sawit (POIC) di daerah pantai timur, Lahad Datu dan Sandakan.

"Sebagai penanam utama kelapa sawit di wilayah itu, sektor berkenaan adalah antara tumpuan kami. Saya bangga menyatakan bahawa POIC semakin menarik pelabur dari Malaysia dan luar negara", katanya dalam ucapan pada jamuan malam Aseansai Supreme Audit Institution, di Kota Kinabalu semalam.

Musa yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, Sabah juga memberi tumpuan terhadap pembuatan untuk mempelbagaikan ekonomi.
"Satu lagi bidang utama ekonomi ialah pelancongan, terutama pelancongan berasaskan alam sekitar. Saya gembira kerana ketibaan pelancong ke Sabah meningkat sebanyak 13.6 peratus kepada 2.84 juta pada 2011 berbanding tahun sebelumnya.

"Sejak 2003, Agenda Pembangunan Negeri dipacu oleh pertanian, pelancongan dan pembuatan, dan kami mula melihat hasil pelan jangka panjang ini", katanya.
Musa berkata ekonomi Sabah sebelum ini bergantung kepada perolehan daripada balak, namun ini tidak berlaku lagi pada masa ini memandangkan kerajaan negeri sudah mengamalkan pengurusan hutan lestari yang melindungi ekosistem alam semula jadi. - Bernama

ARKIB BLOG

PRU 13 : SIAPA CALON BN DUN KUNAK? (SCOOP 19 SIRI)

BURAS

BURAS
Buras or Burasa, which is made from rice and cooked in coconut milk, is usually served with beef and chicken dishes. For the Bugis Muslim community in Sabah East Coast, especially in Tawau, Kunak and Lahad Datu, Aidilfitri / Aidiladha celebration would not be complete without the Buras. Buras it is usually eaten with the 'ayam masak lengkuas'.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.
The underground tunnel (pictured) believed to be left behind by Japanese soldiers during World War II (WW2) has been identified as a potential tourist attraction in Kunak. Kunak Assemblyman, Datuk Nilwan Kabang explored the site with several officials on May 15 located at an oil palm estate owned by Sime Darby. The tunnel, which will also attract archeologists, is found to be unique in a sense. - click photo

EKSPLORASI KE LOKASI PRODUK PELANCONGAN BERPOTENSI - XPDC 2010 REPORT BY IBRAHIM TABIR