'Akses kemudahan pendidikan terus diperkasa'

KUNAK : Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Keramat di Kunak antara sekolah di luar bandar di negeri ini yang dinaiktaraf menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS), sementara kerja-kerja permulaan projek itu kini berjalan. Ianya sebahagian daripada komitmen kerajaan dalam memperkasa akses kemudahan pendidikan.

Program Merentas Desa bagi murid SK Madai, pada Sabtu. 

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Adun Kunak, Datuk Nilwan Kabang berkata, terdapat juga keperluan di beberapa lagi sekolah di daerah ini untuk menggantikan struktur lama kepada binaan konkrit atau menggunakan kaedah IBS, namun cadangan itu bergantung pada peruntukan yang disalurkan daripada kementerian yang berkenaan.

Katanya, ada sekolah di negeri ini yang mendapat peruntukan bina baharu bagi menggantikan bangunan lama, sementara di kawasan lain ada yang masih menanti untuk tujuan itu,
".. ianya secara berperingkat dilaksanakan", katanya ketika merasmikan Program Merentas Desa peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Madai, dekat sini pada Sabtu.

Menurut Nilwan, beliau menyedari keperluan seperti kemudahan bangunan baharu di beberapa sekolah di daerah berkenaan yang memerlukan pembaikan, binaan semula atau binaan tambahan namun penyaluran bantuan serupa tidak menyeluruh.

"kita bersyukur kerana mendapat perhatian kerajaan untuk beberapa sekolah yang telah dinaiktaraf di daerah ini, dan SK Madai juga antara yang dicadangkan sebelum ini sejak tahun 2008 lagi", katanya berharap sekolah itu juga akan mendapat perhatian kerajaan pada masa akan datang memandangkan beberapa faktor yang dilihat 'perlu dan mendesak'.

Turut sama di majlis itu, Pegawai Pendidikan Daerah Kunak, Raduan Hj Abd. Rahman, Guru Besar SK Madai, Balnama Kauluh, warga pendidik dan ibubapa.

Larian Merentas Desa pada Sabtu itu disertai 196 murid terdiri daripada darjah 4, 5 dan 6.

Program dibawah aktivit sukan dan kokurikulum berdasarkan Takwim Sukan 2018, ia juga bertujuan memilih atlet terbaik bagi kategori tertentu untuk mewakili sekolah, seterusnya daerah dan bahagian nanti.

Sementara itu, menurut Nilwan semua murid yang mengikuti aktiviti itu menunjukkan semangat kesukanan bagi melahirkan pelajar yang cergas dan cerdas melalui program yang dilaksana. Upacara pelepasan peserta disempurnakan oleh Guru Besar SK Madai, sementara majlis penutupannya dan penyampaian hadiah oleh Adun Kunak.

majlis penutupan program Merentas Desa di SK Madai, Kunak. 

No comments:

'Manfaatkan ilmu pengetahuan melalui kursus yang disertai'

Penyerahan Sijil kepada peserta • KUNAK - Para pemimpin akar umbi diseru memantapkan lagi kemahiran serta ilmu yang mereka perolehi sema...