Sunday, September 03, 2017

Kelapa sawit tertua di Borneo

Pokok kelapa sawit yang dipercayai berusia 60 tahun dan masih boleh dilihat ketika ini terletak di daerah Kunak, pantai timur Sabah. 
Difahami ianya ditanam sekitar tahun 1957 dan merupakan tanaman kelapa sawit tertua di Borneo.

Lokasinya yang terletak di sebuah ladang dalam daerah Kunak, kawasan sekitarnya dijaga rapi dan dikenali 'Museum Kelapa Sawit OP57M'

"uniknya, setiap kali sambutan Hari Kebangsaan, saya sentiasa mengingati keberadaan tanaman itu di sini, dan satu-satunya terdapat di Borneo (Sabah). Ia perlu terus dijaga dan dipelihara sebagai khazanah silam", kata seorang penduduk yang pernah bekerja di ladang itu suatu ketika dulu.

- admin


No comments: