Monday, August 21, 2017

Kunak pernah jadi lokasi pendaratan tentera Jepun semasa perang dunia kedua (WW2) •

Daerah Kunak pernah menjadi lokasi pendudukan tentera jepun semasa era perang dunia kedua sekitar tahun 1942.
Bangunan lama yang dipercayai pernah dijadikan pejabat/kem tentera jepun ketika itu masih boleh dilihat ketika ini terletak di Mostyn yang menjadi asas kepada sejarah itu.

Penemuan 'terowong jepun' yang juga terowong bawah tanah di Mostyn, Kunak dikatakan pernah dijadikan lokasi persembunyian tentera jepun semasa WW2. Dikatakan mereka yang pernah menjejaki terowong tersebut sekitar tahun 1960, 70 dan 1980-an menemukan serpihan senjata dipercayai milik tentera jepun termasuklah sudu yang ada mengandungi aksara bahasa jepun, selain penemuan kerangka rel lokomotif di terowong berkenaan.

www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=102660
www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=113225

Terowong misteri ini juga belum diketahui dimana titik mula dan penghujungnya kerana apa yang hanya ditemukan itu adalah bekas runtuhan yang menjadi hikmah kepada penemuan terowong bawah tanah (tunnel-underground) itu.

Adun Kunak, Datuk Nilwan Kabang dan rombongan ekpedisinya pernah mengunjungi terowong tersebut pada tahun 2010 bersama media tempatan.

Kawasan ini berpotensi sebagai produk pelancongan daerah Kunak, namun atas faktor keselamatan terowong itu belum dibuka untuk tujuan pelancongan kerana beberapa aspek diambil kira.

Bagaimanapun, ramai yang berpendapat bahawa jika ditubuhkan Majlis Tindakan Pelancongan Daerah (Kunak), kawasan terowong jepun ini berpotensi dapat dimajukan secara komersil dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan termasuk Pejabat Daerah, Majlis Daerah, sektor swasta terlibat, serta pemain-pemain industri pelancongan yang berpengalaman seterusnya ia menjana kepada pertumbuhan ekonomi setempat khususnya dalam bidang pelancongan.

Bukan itu sahaja, ia juga tentunya menambah nilai kepada pertumbuhan inap desa, hotel penginapan termasuklah Industri Kecil dan Sederhana (IKS) melalui rantaian ekonomi.

Projek Lebuh raya Pan Borneo yang kini sedang dalam pembinaan dengan jajaran pantai timur Sabah tentunya mewujud rangkaian kepada akses pelancongan darat. - ibrahim tabir

• selamat menyambut hari kebangsaan 31 Ogos •  💃✌
#Hargai keamanan#







•nota : kisah terowong jepun di Kunak pernah disiarkan menerusi akhbar Daily Express sebelum ini.




No comments: