Friday, December 20, 2013

Gajah pygmy _ antara biodiversiti yang perlu dilindungi

Gajah pygmy adalah sebahagian daripada biodiversiti yang masih boleh didapati di kawasan hutan hujan - rainforest di Kunak, namun populasi taburan jumlahnya tidak dapat dipastikan . 

Kemunculan seekor anak gajah pygmy di sebuah kawasan ladang bersempadan hutan rizab Ulu Kalumpang beberapa tahun lepas menunjukkan hidupan ini masih mengharapkan habitat semulajadinya perlu dipelihara dan dipulihara bukan sahaja sebagai menghargai kepelbagaian biologi, malah ia memberi kesan langsung kepada keseimbangan ekosistem alam semulajadi, seterusnya menjadi aset berharga kepada bumi Borneo yang mana spesies gajah tersebut boleh didapati. 

gambar : gajah itu terperangkap dalam kolam lumpur (mudpool) dan akhirnya berjaya diselamatkan dengan menggunakan jengkaut . 

No comments: