Friday, March 02, 2012

Pemuda Umno Silam tekad sokong mana-mana calon BN

Pemuda Umno Silam bertekad menyokong siapa sahaja calon Barisan Nasional (BN) yang dipilih pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Ketuanya, Abd Halim Ghulam Hassan berkata, kekuatan parti terletak pada persefahaman bagi memastikan calon yang dipilih menang di setiap kerusi.

"Dengan itu, kita perlu bekerja bersungguh-sungguh dan gandakan jentera kita di setiap cawangan. Semangat berpasukan perlu diwujudkan dalam kalangan komponen BN Silam", katanya di majlis penyerahan bendera BN kepada ketua-ketua cawangan Umno Kunak dan pemimpin parti komponen BN Silam di Dewan SJK(C) Pai Sheng, baru-baru ini.

Beliau memberi jaminan, Pemuda Umno di sini akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan sesiapa sahaja calon BN di semua kerusi termasuk DUN Kunak, Lahad Datu, Tungku dan Parlimen Silam.

Bekas Ketua Umno Bahagian Silam, Datuk Yusof Apdal berkata kerjasama sangat dituntut dalam memastikan kemenangan BN dalam PRU-13.
Sementara itu, beliau berkata wakil rakyat mesti memastikan kebajikan rakyat menjadi keutamaan supaya rakyat menyokong mereka.

"Kita mampu buktikan kepada masyarakat bahawa kerajaan BN adalah kerajaan yang prihatin kepada rakyat", ujar Yusof.

ARKIB BLOG

PRU 13 : SIAPA CALON BN DUN KUNAK? (SCOOP 19 SIRI)

BURAS

BURAS
Buras or Burasa, which is made from rice and cooked in coconut milk, is usually served with beef and chicken dishes. For the Bugis Muslim community in Sabah East Coast, especially in Tawau, Kunak and Lahad Datu, Aidilfitri / Aidiladha celebration would not be complete without the Buras. Buras it is usually eaten with the 'ayam masak lengkuas'.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.
The underground tunnel (pictured) believed to be left behind by Japanese soldiers during World War II (WW2) has been identified as a potential tourist attraction in Kunak. Kunak Assemblyman, Datuk Nilwan Kabang explored the site with several officials on May 15 located at an oil palm estate owned by Sime Darby. The tunnel, which will also attract archeologists, is found to be unique in a sense. - click photo

EKSPLORASI KE LOKASI PRODUK PELANCONGAN BERPOTENSI - XPDC 2010 REPORT BY IBRAHIM TABIR