Thursday, February 09, 2012

Surau, masjid perlu diguna sebaiknya

Kemudahan rumah ibadat sangat penting diwujudkan di sesebuah kampung bagi memudahkan masyarakat desa mengerjakan amal ibadat selain aktiviti keagamaan. Adun Kunak, Datuk Nilwan Kabang berkata, surau atau masjid yang dibina perlu digunakan dengan sempurna dan menjadi tanggungjawab masyarakat menyuburkan syiar Islam menerusi aktiviti keagamaan yang dijalankan setiap masa.

Ketika merasmikan Surau Kg Getah Hujung di sini sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat kampung di sana baru-baru ini, Nilwan menyeru ahli-ahli jawatankuasa surau berkenaan supaya meningkatkan persefahaman dikalangan mereka serta masyarakat sekeliling, kerana ia dapat menyuburkan perpaduan ummah.

Beliau turut membantu memastikan surau di kampung itu dinaiktaraf sebagai masjid pada masa hadapan dengan peruntukan RM50,000 yang akan dipohon melalui jabatan berkaitan.
Sementara itu, Nilwan menyumbangkan bantuan peribadi berjumlah RM5,000 untuk menambah baik kemudahan di surau itu serta bagi perlaksanaan aktiviti keagamaan.

Majlis sambutan Maulidur Rasul itu dijayakan bersama Pengerusi JKKK Kg Getah Hujung, Dahlan Hananu dan masyarakat kampung yang terlibat. - DE

0 ulasan:

ARKIB BLOG

PRU 13 : SIAPA CALON BN DUN KUNAK? (SCOOP 19 SIRI)

BURAS

BURAS
Buras or Burasa, which is made from rice and cooked in coconut milk, is usually served with beef and chicken dishes. For the Bugis Muslim community in Sabah East Coast, especially in Tawau, Kunak and Lahad Datu, Aidilfitri / Aidiladha celebration would not be complete without the Buras. Buras it is usually eaten with the 'ayam masak lengkuas'.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.
The underground tunnel (pictured) believed to be left behind by Japanese soldiers during World War II (WW2) has been identified as a potential tourist attraction in Kunak. Kunak Assemblyman, Datuk Nilwan Kabang explored the site with several officials on May 15 located at an oil palm estate owned by Sime Darby. The tunnel, which will also attract archeologists, is found to be unique in a sense. - click photo

EKSPLORASI KE LOKASI PRODUK PELANCONGAN BERPOTENSI - XPDC 2010 REPORT BY IBRAHIM TABIR