Saturday, February 25, 2012

SMK Kunak Jaya juara MSS daerah Kunak

SMK Kunak Jaya, menjuarai kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah (MSS) Daerah Kunak yang diadakan selama empat hari bermula 15 Februari lalu.
Sekolah tersebut memperoleh 32 pingat emas, 29 perak dan 24 gangsa. Sementara itu, bagi kategori sekolah rendah, SK Kg Selamat dinobat sebagai johan menewaskan 14 sekolah rendah yang lain.

Pengetua SMK Kunak Jaya, Nor Aslam Mano Abdullah berkata, kejayaan yang diperolehi itu hasil daripada latihan dan usaha berterusan pihak sekolah untuk mengekalkan kejuaraan berturut-turut.

"Pihak sekolah juga telah memperuntukkan sejumlah peruntukan kewangan untuk program pembangunan sukan terutama mengenalpasti bakat secara berterusan", katanya.
Menurut Nor Aslam, usaha gigih warga pendidik dalam melatih dan memberi perangsang kepada pelajar yang terlibat dalam acara sukan tersebut amatlah dihargai dan usaha sedemikian merupakan perancangan dan persediaan yang rapi bagi memastikan sekolah itu menjuarai kejohanan tersebut buat kali kedua selepas johan pada tahun lalu.

Mohd Adrizan Mohd Amin, dan Fadziah Hamizah bt. Hasrie masing-masing dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati, kedua-duanya dari SMK Kunak Jaya.
Kejohanan tersebut diadakan di padang SMK Kunak. Tahun lalu ia dilaksanakan di SMK Madai dan pada tahun hadapan, SMK Kunak Jaya akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan itu.

Dalam pada itu, Adun Kunak, Datuk Nilwan Kabang ketika berucap di majlis itu menekankan perlunya aktiviti sukan menjadi platform dalam usaha memperkukuh hubungan dikalangan peserta terutama pelajar yang terlibat.

Selain itu melalui sukan, ia dapat mencungkil bakat pelajar yang berpotensi diketengahkan sebagai aset berharga sehingga ke tahap mana kemampuan pencapaian mereka dalam bidang sukan yang diminati.
Selain bersukan, Nilwan juga menyeru para pelajar supaya turut menumpukan aspek akademik di sekolah.

MP Silam, Salleh Kalbi, Pegawai Pelajaran daerah, Zamri Pehakan, Ketua CID Daerah, ASP Wee Devets Tan mewakili Ketua Polis Daerah, Pengetua dan Guru-guru besar, serta ibubapa turut hadir pada majlis penutupan kejohanan tersebut.

Pemenang akan mewakili daerah dalam MSS Bahagian Tawau, yang dijadual akan diadakan di daerah Semporna.

0 ulasan:

ARKIB BLOG

PRU 13 : SIAPA CALON BN DUN KUNAK? (SCOOP 19 SIRI)

BURAS

BURAS
Buras or Burasa, which is made from rice and cooked in coconut milk, is usually served with beef and chicken dishes. For the Bugis Muslim community in Sabah East Coast, especially in Tawau, Kunak and Lahad Datu, Aidilfitri / Aidiladha celebration would not be complete without the Buras. Buras it is usually eaten with the 'ayam masak lengkuas'.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.
The underground tunnel (pictured) believed to be left behind by Japanese soldiers during World War II (WW2) has been identified as a potential tourist attraction in Kunak. Kunak Assemblyman, Datuk Nilwan Kabang explored the site with several officials on May 15 located at an oil palm estate owned by Sime Darby. The tunnel, which will also attract archeologists, is found to be unique in a sense. - click photo

EKSPLORASI KE LOKASI PRODUK PELANCONGAN BERPOTENSI - XPDC 2010 REPORT BY IBRAHIM TABIR