Friday, February 17, 2012

Antara calon tempatan dan "calon import", siapa sahaja yang boleh memberi kemajuan kepada masyarakat itu sudah bagus...

segmen: "Kopi panas"
Semakin memperkata bila tarikh pilihanraya umum ke 13 diadakan?, isu siapa calon yang akan diketengahkan terus menjadi topik panas di kedai-kedai kopi. Sempat juga berbual dengan rakan-rakan meskipun berbeza aliran politik.
Katanya, siapa sahaja calon sama ada di parti kerajaan BN atau pakatan rakyat, ia calon tempatan atau "calon import/ calon luar", yang menjadi perkara utama ialah kesanggupan, kebersungguhan seseorang calon atau pemimpin yang dipilih itu meneraju kepimpinan dan membantu masyarakat Kunak terutama dari segi pembangunan ekonomi dan infrastruktur.

"Tidak ada perlunya memilih calon tempatan jika yang dipilih tidak boleh membuat kerja untuk memastikan ekonomi masyarakat dan infrastruktur ditingkatkan", ujarnya sambil menambah masyarakat juga harus mempunyai komitmen untuk berusaha memajukan diri mereka.

"Saya sendiri suka kepada pemimpin meskipun dia calon import andaikata menang dalam pilihanraya, ia bersungguh-sungguh memajukan masyarakat terutama dari segi ekonomi", tegasnya.

"Siapa sahaja calon, ia tempatan ka atau "calon import" ka, yang penting sanggup bekerja, rajin untuk membantu masyarakatnya, bukan hanya apabila dekat pilihanraya. Yang penting fokus utamanya memajukan ekonomi masyarakat, membantu mereka mencari dan memberi peluang kepada perkembangan pendapatan atau ekonomi penduduk Kunak", jelas rakan dari Parti Pakatan itu.

Di Kunak ini, ramai pelobi dari luar berminat untuk masuk ke Dun Kunak disebabkan daerah ini;
"seperti syurga yang memiliki banyak sumber yang masih belum diterokai, dari pertanian, maritim dan produk-produk pelancongannya", ujar beliau.

1 ulasan:

SUARA RAKYAT KUNAK said...

Saya setuju apa yang Saudara KP utarakan Blog KP, Dun N-51 Kunak baru ada 4 penggal ditadbir oleh Calon Impot. dan 1 penggal calon setengah Impot yang mewakili BN, pandangan saya secara peribadi, adakalanya calon Impot lebih memberi keutamaan kepada, Kontraktor Impot, untuk melaksanakan Projek di Dun Kunak, pekerja Pejabat pun di Impot, dan calon orang Kunak pulak, tidak begitu memikirkan memajukkan ekonomi penduduk Kunak, hanya pentingkan ekonomi diri, keluarga, dan kerabatnya.. bagi pandangan saya, 1 cara yang dapat memajukan Ekonomi penduduk kunak, hanya tukar Parti yang menjadi YB, seperti PKR..

ARKIB BLOG

PRU 13 : SIAPA CALON BN DUN KUNAK? (SCOOP 19 SIRI)

BURAS

BURAS
Buras or Burasa, which is made from rice and cooked in coconut milk, is usually served with beef and chicken dishes. For the Bugis Muslim community in Sabah East Coast, especially in Tawau, Kunak and Lahad Datu, Aidilfitri / Aidiladha celebration would not be complete without the Buras. Buras it is usually eaten with the 'ayam masak lengkuas'.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.
The underground tunnel (pictured) believed to be left behind by Japanese soldiers during World War II (WW2) has been identified as a potential tourist attraction in Kunak. Kunak Assemblyman, Datuk Nilwan Kabang explored the site with several officials on May 15 located at an oil palm estate owned by Sime Darby. The tunnel, which will also attract archeologists, is found to be unique in a sense. - click photo

EKSPLORASI KE LOKASI PRODUK PELANCONGAN BERPOTENSI - XPDC 2010 REPORT BY IBRAHIM TABIR