Wednesday, February 15, 2012

'Ada ahli Umno cuba khianati parti'

KUNAK : Ada dalam kalangan segelintir ahli Umno yang sedang berusaha untuk mengkhianati parti itu melalui propaganda yang disebarkan di kedai-kedai kopi. Mendedahkan perkara itu di sini, Ketua Bahagian Umno Silam, Datuk Nasrun Datu Mansur berkata, mereka yang berbuat demikian sebenarnya mungkin berasa kecewa atas sebab tertentu sehingga menyatakan untuk memberi sokongan kepada parti pembangkang pada pilihanraya akan datang, andainya permintaan atau pilihan mereka tidak mendapat restu dari pucuk pimpinan terutama mengenai pemilihan siapa calon BN di sesuatu kawasan.

"Perkara ini disedari berlaku di Lahad Datu, dan kita sedang dan telah mengenalpasti individu berkenaan", katanya. Beliau menyatakan perkara itu ketika pertemuan dengan Ketua-ketua cawangan Umno di Dun Kunak pada Ahad yang diadakan di Pejabat Penyelaras Umno dekat sini, di bangunan Kunak Plaza.

Nasrun berkata, semua ahli Umno perlu memperkukuh hubungan yang baik dan menumpukan perhatian kepada persiapan menghadapi pilihanraya yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Menurutnya, soal siapa calon BN adalah ditentukan oleh pucuk pimpinan, dan ahli atau anggota parti komponen perlu bekerjasama memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional di semua kerusi dalam kawasan Parlimen Silam merangkumi Dun Kunak, Dun Lahad Datu dan Dun Tungku.

Dalam pada itu, beliau menasihati ahli-ahli parti supaya tidak mudah terpedaya dengan anasir-anasir negatif yang cuba dicetuskan oleh pihak tertentu dalam usaha mengucar-kacirkan perpaduan dalam parti.

Sementara itu, Ketua Cawangan Umno Kg Dasar Baru Tengah, Marasli Mordan berpendapat, ahli-ahli Umno seharusnya menumpukan kepada penyatuan dikalangan mereka dengan memberi penekanan kepada persefahaman dan bukannya cuba memecahbelah perpaduan dikalangan ahli yang sedia dijalin.

Marasli berkata, kepimpinan di peringkat Dun Kunak telah nyata membawa kebaikan kepada masyarakat khususnya penduduk di daerah itu yang mahukan kerusi Dun Kunak tetap diberikan kepada anak tempatan daerah itu, dan bukannya "calon import".

"Setiap kali menjelang pilihanraya, ada sahaja usaha untuk mencari publisiti murahan dari kalangan orang luar (pelobi) yang mahu menjajah pemikiran pengundi di kawasan Dun Kunak, termasuk juga di Lahad Datu... Kami di Kunak tetap menyokong penuh kepimpinan sedia ada dan jika sekalipun pucuk pimpinan mahu memilih calon BN Kunak, pilihlah calon dari kalangan anak jati tempatan di sini, kerana kami menolak calon import atau calon luar", jelasnya sambil disokong oleh Ketua-ketua cawangan Umno yang hadir di majlis itu. - DE

3 ulasan:

SUARA RAKYAT KUNAK said...

Biasalah Bro, cocok mencocok ni dah menjadi adat resam dalam BN/UMNO, kerana masing2 nak melobi calon, yang A nak jatuhkan si B, si B nak jatuhkan si C, macam 2 lah seterusnya setelah sampai PRU 13. ramai yang putih mata. dalam mana2 Parti, kesetiaan dalam Parti amat penting, kerana Parti bukan Syarikat..persendirian?

SUARA RAKYAT KUNAK said...

Biasalah Bro, cocok mencocok ni dah menjadi adat resam dalam BN/UMNO, kerana masing2 nak melobi calon, yang A nak jatuhkan si B, si B nak jatuhkan si C, macam 2 lah seterusnya setelah sampai PRU 13. ramai yang putih mata. dalam mana2 Parti, kesetiaan dalam Parti amat penting, kerana Parti bukan Syarikat..persendirian?

SUARA RAKYAT KUNAK said...

DAPASPKR
Kerajaan
Rakyat

ARKIB BLOG

PRU 13 : SIAPA CALON BN DUN KUNAK? (SCOOP 19 SIRI)

BURAS

BURAS
Buras or Burasa, which is made from rice and cooked in coconut milk, is usually served with beef and chicken dishes. For the Bugis Muslim community in Sabah East Coast, especially in Tawau, Kunak and Lahad Datu, Aidilfitri / Aidiladha celebration would not be complete without the Buras. Buras it is usually eaten with the 'ayam masak lengkuas'.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.
The underground tunnel (pictured) believed to be left behind by Japanese soldiers during World War II (WW2) has been identified as a potential tourist attraction in Kunak. Kunak Assemblyman, Datuk Nilwan Kabang explored the site with several officials on May 15 located at an oil palm estate owned by Sime Darby. The tunnel, which will also attract archeologists, is found to be unique in a sense. - click photo

EKSPLORASI KE LOKASI PRODUK PELANCONGAN BERPOTENSI - XPDC 2010 REPORT BY IBRAHIM TABIR