
Sebanyak 498 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menerima baucer bantuan itu bagi fasa pertama di daerah ini, Rabu lalu. Majlis penyerahan baucer disampaikan oleh Adun Kunak, Datuk Nilwan Kabang.
Nilwan berkata, pemberian bantuan RM500 untuk ketua isi rumah berkelayakan serta dan pelbagai lagi bantuan lain membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membela masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Beliau juga menyeru masyarakat supaya tidak terlalu mudah mempercayai propaganda yang cuba ditimbulkan oleh pihak tertentu bagi mengelirukan rakyat terutama berkaitan program-program bantuan kepada masyarakat.
Mengenai majlis tersebut, beliau berkata, jawatankuasa peringkat daerah telah menyusun rapi majlis penyerahan agar dapat dijalankan dengan sempurna dan berkesan.
Turut sama di majlis itu, Ahli Parlimen (MP) Silam, Hj Salleh Kalbi, Penolong Pegawai Daerah, Hussin Ibrahim dan Pemimpin Kemajuan Rakyat, Halid Harun.
0 ulasan:
Post a Comment