
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Silam menggesa pemimpin Barisan Nasional (BN) tidak mengumumkan janji-janji baru menjelang pilihanraya sedangkan janji mereka terdahulu belum ditunaikan.
Pengarah Komunikasi & Multimedianya, Djapri Kudosat berkata, sudah sampai masanya pemimpin BN berani untuk melakukan perubahan minda dan tidak lagi hanya tahu mengambil peluang menambat hati rakyat menjelang pilihanraya melalui janji mereka.
< (newspaper cutting)
"Sudah dua pilihanraya diadakan sebelum ini, tetapi saya dimaklumkan oleh pihak tertentu yang janji pemimpin BN untuk mengagih-agihkan tanah pertanian seluas 10 ekar kepada setiap peserta yang layak belum ditunaikan sehingga hari ini", kata Djapri merujuk kepada tanah pertanian di Tingkayu seluas 5,200 ekar yang sepatutnya untuk rakyat tetapi belum diserahkan kepada peserta atas sebab tidak diketahui .
"Jika kawasan itu diberikan kepada penduduk dan bermastautin di Kunak, ia memberi faedah kepada kira-kira 520 peserta", ujarnya yang mahu kerajaan BN membuktikan untuk merealisasi kebajikan dan keprihatinan mereka terhadap rakyat.
Tambahnya, masjid Kg Getah juga belum dinaiktaraf. Menurut beliau, masjid itu sempit dan tidak selesa kepada jemaah terutama ketika solat berjemaah.
"Saya difahamkan, masjid di sini juga telah dijanji untuk dinaiktaraf tetapi belum ada sebarang perkembangan", katanya.
0 ulasan:
Post a Comment