Orang ramai mula memasuki perkarangan Pejabat Daerah di Kunak Isnin lalu seawal jam 8 pagi untuk mengetahui sama ada mereka yang telah memohon bantuan menerusi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) layak memperoleh bantuan berkenaan.
Beberapa individu yang ditemui berkata, mereka datang ke situ untuk menyemak nama sama ada tersenarai sebagai penerima atau tidak memandangkan pihak yang berkenaan ada mempamerkan senarai penerima bantuan BR1M yang layak.
Difahamkan, untuk peringkat pertama di daerah itu, 498 nama penerima dipamer di papan kenyataan di luar pejabat daerah bagi memudahkan orang ramai menyemak status permohonan mereka.
"Saya datang awal pagi, ada kawan hubungi yang berkata senarai nama ada dipamer di sini. Tapi selepas saya semak, masih belum ada nama lagi", ujar Abdu, 53.
Rakannya, Mohd Nuur,50-an, juga belum tersenarai pada peringkat pertama semakan nama yang dibuat pada Isnin.
Sementara itu, seorang lagi pemohon mencadangkan pihak yang berkenaan boleh memikirkan kaedah lain untuk memudahkan pemohon menyemak status permohonan melalui online bagi mengelak berlaku kesesakan di pusat penyemakan.
0 ulasan:
Post a Comment