Sunday, January 29, 2012

Pokok kelapa sawit tertua di Kunak

Pokok kelapa sawit tertua di Borneo atau nama saintifiknya Elaeis guineensis merupakan pokok generasi pertama ladang kelapa sawit yang diusahakan di daerah Kunak di Ladang Mostyn.
Dianggarkan kawasan tanaman kelapa sawit itu berkeluasan dua hektar. Pokok kelapa sawit berkenaan ditanam sekitar tahun 1957. Ia boleh menghasilkan buah meskipun selepas berusia lebih 50 tahun . Ketika ini masih terdapat lebih 90 pokok kelapa sawit dari baka tersebut yang mana ketinggian 16 meter.

Kawasan tanaman tersebut dikenali sebagai OP57M, yang dulunya ialah Commomwealth Development Corporation atau lebih dikenali sebagai BAL Plantation.
Kemudian kawasan tersebut diambil alih oleh syarikat Golden Hope Plantation yang kemudiannya beralih kepada Sime Darby Plantation.

Bermula dari ladang Mostyn inilah Borneo Utara atau sekarang ini dikenali sebagai Sabah telah memacu industri kelapa sawitnya di daerah Kunak. - DE

0 ulasan:

ARKIB BLOG

PRU 13 : SIAPA CALON BN DUN KUNAK? (SCOOP 19 SIRI)

BURAS

BURAS
Buras or Burasa, which is made from rice and cooked in coconut milk, is usually served with beef and chicken dishes. For the Bugis Muslim community in Sabah East Coast, especially in Tawau, Kunak and Lahad Datu, Aidilfitri / Aidiladha celebration would not be complete without the Buras. Buras it is usually eaten with the 'ayam masak lengkuas'.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.
The underground tunnel (pictured) believed to be left behind by Japanese soldiers during World War II (WW2) has been identified as a potential tourist attraction in Kunak. Kunak Assemblyman, Datuk Nilwan Kabang explored the site with several officials on May 15 located at an oil palm estate owned by Sime Darby. The tunnel, which will also attract archeologists, is found to be unique in a sense. - click photo

EKSPLORASI KE LOKASI PRODUK PELANCONGAN BERPOTENSI - XPDC 2010 REPORT BY IBRAHIM TABIR