Sunday, January 01, 2012

Dua laporan polis bantah demonstrasi 'kempen bebaskan anwar 901'

Dua persatuan suku kaum di sini kelmarin (Sabtu) membuat laporan polis berhubung rancangan pihak tertentu mengadakan demonstrasi "Kempen Bebaskan Anwar 901" di ibu negara pada 9 Januari depan.

Laporan pertama oleh Abdul Sabur Wahid, 49, mewakili beberapa suku kaum Suluk dan Ketua Bahagian Persatuan Rumpun Bugis Melayu Malaysia (PRBMM), Zahari Lorong, pula laporan kedua, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak di sini pada kira-kira jam 9 pagi.

Ketika laporan dibuat para penyokong persatuan membawa kad manila' antara lain tertulis; 'Kami Cintakan Keamanan dan Kedamaian, Bukan Rusuhan,
'Jangan Persendakan Sistem Kehakiman Negara,
'Kami Tidak Perlukan Pemimpin Tidak Bermoral,
'Kami Bantah Perhimpunan Bebaskan Datuk Seri Anwar".

Ketika ditemui pemberita kemudian, Abdul Sabur berkata dia dan beberapa rakan yang lain meminta pihak berkuasa menyiasat dan sekiranya benar perlu menghalang serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara tersebut.

"Biarlah mahkamah yang buat keputusan, janganlah mengheret rakyat untuk adakan demonstrasi", katanya.

Penghakiman kes Anwar dijadualkan dibuat mahkamah pada 9 Januari ini.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Bajau Sabah Bersatu (Usbo) Kunak, Abdul Rahim Wahab memberitahu, dia juga membuat laporan polis membantah sebarang bentuk perhimpunan atau demonstrasi yang boleh mencetuskan ketidak-tenteraman awam.

Ketua Polis Daerah Kunak, DSP M.Radzali Mahmud mengesahkan pihaknya ada menerima kedua-dua laporan itu.

1 ulasan:

putri aidatul adriana said...

Secara simboliknya kempen itu bertujuan agar mahkamah yang akan memutuskan keputusan pada 9 Januari nanti dilakukan atas keadilan yang telus bukan dorongan mahupun desakan oleh pihak tertentu.

ARKIB BLOG

PRU 13 : SIAPA CALON BN DUN KUNAK? (SCOOP 19 SIRI)

BURAS

BURAS
Buras or Burasa, which is made from rice and cooked in coconut milk, is usually served with beef and chicken dishes. For the Bugis Muslim community in Sabah East Coast, especially in Tawau, Kunak and Lahad Datu, Aidilfitri / Aidiladha celebration would not be complete without the Buras. Buras it is usually eaten with the 'ayam masak lengkuas'.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.
The underground tunnel (pictured) believed to be left behind by Japanese soldiers during World War II (WW2) has been identified as a potential tourist attraction in Kunak. Kunak Assemblyman, Datuk Nilwan Kabang explored the site with several officials on May 15 located at an oil palm estate owned by Sime Darby. The tunnel, which will also attract archeologists, is found to be unique in a sense. - click photo

EKSPLORASI KE LOKASI PRODUK PELANCONGAN BERPOTENSI - XPDC 2010 REPORT BY IBRAHIM TABIR