Barisan Nasional (BN) Sabah tidak mahu terlalu memikirkan soal pembahagian kerusi untuk pilihanraya umum akan datang selagi belum berpuas hati dengan tanggungjawab kepada rakyat.
Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk seri Musa Aman berkata, pada masa ini BN Sabah lebih menumpukan kepada soal kerja untuk rakyat.
"Kerja untuk rakyat mesti berterusan, bukan bila dekat pilihanraya sahaja baru hendak tolong rakyat", katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Graduasi ke-12 Kolej PTPL Sabah di Kota Kinabalu, Rabu lepas.
Beliau berkata, BN Sabah juga mahu wakil rakyatnya terus mendekatkan diri dengan masyarakat bagi mengetahui masalah mereka, sekali gus memudahkan kerajaan negeri untuk membantu.
Katanya, negara ini bertuah kerana mempunyai Perdana Menteri seperti Datuk seri Najib Tun Razak yang sangat prihatin dengan keperluan rakyat.
Musa juga berkata, ketika lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lalu, BN negeri diminta memantapkan perpaduan pada kalangan parti komponen agar mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. - Bernama
1 ulasan:
Begini lah yg sebaiknya. Bukan seperti yg berlaku di Parlimen Putatan baru2 ini dimana ahli2 BN menggembar-gemburkan tekanan kepada pengerusi BN utk mencalonkan diri mereka
Post a Comment