Wednesday, January 18, 2012

Anggota komponen BN perlu bekerjasama pastikan kemenangan calon

Ketua Bahagian Umno Silam, Datuk Nasrun Datu Mansur menuntut kerjasama semua pihak terutama anggota komponen Barisan Nasional bagi memastikan calon BN yang diketengahkan untuk bertanding dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan menang di kawasan Dun Kunak, Lahad Datu, Tungku dan calon Parlimen Silam.

"Sesiapa sahaja dicalonkan oleh pucuk pimpinan, kita perlu sokong sepenuhnya", katanya bagi memastikan kawasan Silam terus dimenangi oleh semua calon BN yang dipilih.

Dalam pada itu, Nasrun menyeru ahli-ahli Umno terus berusaha gigih dan bekerja keras dalam persediaan menghadapi pilihanraya pada bila-bila masa. Beliau berkata demikian ketika merasmikan pembukaan Markas Barisan Nasional (BN) daerah mengundi kawasan Kunak Jaya, di kg Kunak Jaya di sini, Sabtu lalu - yang mana pembukaan markas itu yang pertama di Dun Kunak. Bersama di majlis itu, Ketua Markas daerah mengundi (Kunak Jaya), Hj Hussin Ibnu Hassan, ahli-ahli jawatankuasa Umno Silam dan penduduk sekitar.

Nasrun yang juga Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri berkata, dengan kesungguhan dan kerjasama semua komponen dan anggota BN di Silam, pihak pembangkang tidak ada tempat untuk merampas kerusi di kawasan itu.

"Kerajaan telah membuktikan keprihatinannya terhadap kebajikan rakyat dengan memberi bantuan persekolahan kepada anak-anak kita, bantuan RM500 menerusi BR1M, penubuhan Klinik 1Malaysia dan banyak lagi.. semuanya adalah untuk kebajikan dan keselesaan rakyat. Oleh itu, sokonglah Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang", kata Nasrun.

Beliau juga menyelar pihak pembangkang yang hanya tahu berjanji tetapi tidak dapat menunaikan tanggungjawab mereka untuk membantu rakyat.

Terdahulu, Nasrun merasmikan Kursus Penternakan Burung Walit anjuran Borneo Walit & Consultations dengan kerjasama AgroBank dan Jabatan Hidupan Liar yang diadakan di Rumah Rehat Kerajaan, dekat sini.

Nasrun berkata, industri ternakan burung walit jika diusahakan dengan bersungguh dan penuh minat akan membuahkan kejayaan dan hasil yang lumayan. Oleh itu katanya, industri itu yang jika diusaha menerusi koperasi lebih bermanfaat dan memberi keuntungan besar.

Beliau memuji usaha Koperasi Hj Lasari Berhad yang berkecimpung dalam perusahaan itu dan berharap suatu hari nanti industri ternakan burung walit menjadi antara industri berimpak tinggi yang berjaya di daerah itu.

Nasrun memberitahu, rantau Asia Tenggara merupakan kawasan yang unik kerana industri ternakan burung walit dapat dijalankan di kawasan beriklim seperti di Borneo dan Malaysia amnya berbanding negara lain.

Katanya, perusahaan sarang burung walit sebenarnya telah lama wujud di Sabah (ketika itu Borneo) sebelum tahun 1881 yang mana perusahaan tersebut dipelopori oleh penduduk suku kaum yang tinggal berhampiran Gua Gomantong dan Gua Madai.

Beliau berharap, para peserta yang terlibat dalam kursus tersebut dapat memanfaatkan segala ilmu yang diperoleh untuk diterjemahkan dalam perusahaan yang bakal diceburi kelak.
Menerusi Belanjawan 2012 yang dibentangkan sebelum ini katanya, kerajaan bersedia untuk membantu mereka yang mahu mengusahakan ternakan burung walit dengan penyediaan kemudahan seperti pinjaman wang menerusi agensi-agensi tertentu.


0 ulasan:

ARKIB BLOG

PRU 13 : SIAPA CALON BN DUN KUNAK? (SCOOP 19 SIRI)

BURAS

BURAS
Buras or Burasa, which is made from rice and cooked in coconut milk, is usually served with beef and chicken dishes. For the Bugis Muslim community in Sabah East Coast, especially in Tawau, Kunak and Lahad Datu, Aidilfitri / Aidiladha celebration would not be complete without the Buras. Buras it is usually eaten with the 'ayam masak lengkuas'.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.
The underground tunnel (pictured) believed to be left behind by Japanese soldiers during World War II (WW2) has been identified as a potential tourist attraction in Kunak. Kunak Assemblyman, Datuk Nilwan Kabang explored the site with several officials on May 15 located at an oil palm estate owned by Sime Darby. The tunnel, which will also attract archeologists, is found to be unique in a sense. - click photo

EKSPLORASI KE LOKASI PRODUK PELANCONGAN BERPOTENSI - XPDC 2010 REPORT BY IBRAHIM TABIR