"Air oh Air", sampai bila masalah itu berterusan..?
dah la dalam sehari hanya dua/tiga jam sahaja air paip dibekalkan , itupun pada waktu malam, kini Kg Simpang Empat yang dihuni lebih 100 rumah penduduk mengalami gangguan air selama dua hari berturut-turut dan mungkin berlarutan lagi..
Harap-harap Loji rawatan air Sg Kalumpang 'tidak off' sempena cuti Tahun Baru Cina.
"Gong Xi Fa Cai" kepada kaum kerabat berbangsa Cina yang menyambut perayaan itu, tetapi penduduk kampung berkenaan "Ber Kong Si" paip kosong di rumah.
Tentunya jika perayaan itu disambut oleh kaum Cina yang jika tinggal di kampung-kampung yang menghadapi situasi atau masalah seperti itu, mereka tidak selesa dengan keadaan demikian...
1 ulasan:
Kalau kita dapat mengurangkan Non-revenue water di Sabah yg begitu tinggi, masalah kekurangan air sepatutnya bukan isu besar di negeri kita.
Saya ada membuat entri mengenai kerugian berjuta-juta ringgit akibat NRW baru-baru ini.
Post a Comment