Wednesday, January 04, 2012

2012 bakal bawa perubahan dalam pembangunan di Kunak


Tahun baru 2012 menuntut kerjasama berterusan semua pihak dalam memastikan kemajuan dan pembangunan prasarana luar bandar terus diperkasa.
Ahli Parlimen (MP) Silam, Hj Salleh Kalbi berkata, tahun 2011 menyaksikan banyak perubahan di kawasan Parlimen Silam merangkumi pelbagai sektor termasuk industri kelapa sawit berkelompok (POIC) di Lahad Datu, sektor pelancongan domestik, pembinaan jalanraya di kawasan bandar, perubahan lanskap bangunan sekolah di Kunak dan Lahad Datu, serta pelbagai lagi prasarana untuk faedah rakyat.

"Kita boleh lihat di sini (Kunak) jalanraya berturap telah dibina di luar bandar termasuk Pangi, Tun Fuad dan Madai. Selain itu, pembangunan sekolah luar bandar dan sistem perpaipan bekalan air yang kini dalam pelaksanaan juga masih diteruskan", katanya ketika ditemui. Beliau mengadakan siri lawatan pertama ke Kunak pada Ahad lalu sempena Tahun Baru 2012 .
Beliau turut mengadakan pertemuan bersama semua Pengerusi JKKK, Ketua Kampung di sini untuk mencari pendekatan dalam memperkasa pembangunan yang diperlukan oleh penduduk luar bandar.

"Pendekatan bersemuka dengan pemimpin di peringkat akar umbi akan dapat merapatkan hubungan antara wakil rakyat dengan mereka dan segala cadangan atau pendapat dapat dirangkum bersama untuk dibincangkan secara berhemah dan tersusun", ujar beliau.

Salleh berkata, Kunak memerlukan masa beberapa tahun lagi untuk memastikan ianya terus menarik kedatangan pelabur dan pelancong sama ada di tempatan mahupun luar negara.

"Oleh itu, untuk memastikan usaha yang kita rancang dan bakal laksana, rakyat perlu memberi sokongan yang berterusan kepada kerajaan sedia ada", katanya.

Salleh juga berkata satu pendekatan mapan telah dirancang bagi memastikan perlaksanaan projek Jalan Pangkalan by-pass berjalan lancar seperti yang telah dirancang.
Apabila projek ini siap , masalah kesesakan lalulintas di Jalan Pangkalan akan dapat dikurangkan.

"Bukan itu sahaja, malah banyak lagi bentuk pembangunan akan berlaku di daerah Kunak dan ketika ini sudah ada perubahan dalam prospek perniagaan francais kerana syarikat atau pelabur luar dapat menjejakkan kaki ke Kunak dengan pembukaan restoran KFC", katanya.

"Masyarakat perlu bergerak bersama dan berusaha bagi memajukan ekonomi mereka kerana kerajaan sentiasa memberi bantuan", kata beliau sambil menambah, transformasi ekonomi dan pelbagai lagi bentuk bantuan yang dilaksana kerajaan adalah sebagai membuktikan bahawa Malaysia ditadbir oleh kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyatnya.

"Kita harus bersyukur dengan pemberian oleh kerajaan dan terus berusaha menambah baik ekonomi di tahun baru ini dan masa-masa yang akan datang", katanya.

2 ulasan:

putri aidatul adriana said...

Terimakasih kepada kerajaan yang memrintah,semoga kedatangan tahun 2012 ini akan membawa banyak perubahan kepada daerah kunak,akan tetapi dalam masa yang sama perubahan juga harus seiring dengan sikap dan cara melaksanakan sesuatu kerja,perancangan dan ketelitian meluluskan sesuatu pembangunan haruslah bijak dan menepati piawaian dan keperluan masyarakat, jangan hanya memperbanyakkan projek tetapi tidak atas keperluan masyarakat setempat....

SUARA RAKYAT KUNAK said...

Saya ucapkan t.kasih kepada Pemimpin BN kerana berjanji untuk membangunkan Daerah Kunak. pada 2012, tapi jangan janji tinggal janji. sebab janji PRU 11, 12 pun hanya tinggal janji.

ARKIB BLOG

PRU 13 : SIAPA CALON BN DUN KUNAK? (SCOOP 19 SIRI)

BURAS

BURAS
Buras or Burasa, which is made from rice and cooked in coconut milk, is usually served with beef and chicken dishes. For the Bugis Muslim community in Sabah East Coast, especially in Tawau, Kunak and Lahad Datu, Aidilfitri / Aidiladha celebration would not be complete without the Buras. Buras it is usually eaten with the 'ayam masak lengkuas'.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.
The underground tunnel (pictured) believed to be left behind by Japanese soldiers during World War II (WW2) has been identified as a potential tourist attraction in Kunak. Kunak Assemblyman, Datuk Nilwan Kabang explored the site with several officials on May 15 located at an oil palm estate owned by Sime Darby. The tunnel, which will also attract archeologists, is found to be unique in a sense. - click photo

EKSPLORASI KE LOKASI PRODUK PELANCONGAN BERPOTENSI - XPDC 2010 REPORT BY IBRAHIM TABIR