Bekalan air paip merupakan prasarana yang amat diperlukan oleh penduduk di Kg Mostyn Lama dan Kg Sri Bahagia yang terletak dekat sini.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kg Mostyn Lama, Arifin Samad berkata, kemudahan bekalan air paip amat perlu disalurkan ke kawasan itu memandangkan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) sedang dijalankan ketika ini di daerah ini yang merangkumi mukim Madai dari Loji air Sg Kalumpang.
"Apa artinya jika Kg Sri Bahagia yang sudah lama wujud di sini tidak mempunyai bekalan air paip yang terawat. Lebih-lebih lagi penduduk di sini adalah penyokong kuat kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini", ujar Arifin.
"Tidak munasabah jika ada pihak yang menidakkan atau cuba menyekat penduduk luar bandar daripada merasai nikmat kemajuan yang dibawa oleh kerajaan", kata Arifin yang turut menyokong gesaan oleh jurutera Air Daerah Kunak, Jefri Eki seperti yang dilaporkan dalam akhbar Harian Ekspres, Sabtu lalu.
Jefri mendesak agar syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) tidak terlalu mengenakan syarat ketat dalam projek BALB .
Beliau juga memberitahu, pihaknya ditegah daripada memasuki kawasan estet untuk kerja-kerja pemasangan paip air dibawah projek BALB negeri Sabah bagi kawasan daerah Kunak ke Kg Sri Bahagia di Mostyn.
1 ulasan:
susah juga kalau tiada air ini...nak masak tak boleh, nak mandi tak boleh, apa lagi cuci kain & nak guna tandas??
Diharap Kg Mostyn Lama dan Kg Sri Bahagia dapatla disalurkan air secepat mungkin...apa la guna kita ada bangunan setinggi 200 tingkat, jika orang2 kita di kampung air pun tiada?
jemput2 la ke Sabaheco
Post a Comment