Tuesday, November 22, 2011

Cabaran kini, NKRA dan apa komitmen pemimpin?
'tulisan pojok'
Oleh ibrahim tabir

Secara keseluruhannya, pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 di Kunak menunjukkan peningkatan. Namun saya turut berkongsi 'sugul' dengan nasib 12 orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Keramat di daerah ini yang gagal dalam peperiksaan tersebut seperti yang diumumkan baru-baru ini.

Perdana Menteri telah memperkenal NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) termasuk mempertingkat prasarana pembangunan luar bandar. Menyebut aspek fasiliti luar bandar, tidak dapat dinafikan usaha bersungguh kerajaan untuk memastikan rakyat di kawasan terpencil termasuk pedalaman yang terangkum sebagai kawasan Luar Bandar perlu dimajukan terutama kemudahan asas seperti elektrik, air dan jalanraya.

SK Tanjung Keramat, bukanlah sekolah baru di daerah ini namun prasarana asas terutama bekalan elektrik masih tidak dapat diperolehi di sekolah itu.
Jika anak-anak anda yang bersekolah di situ tentu tidak selesa dengan keadaan sedemikian. Begitu juga warga pendidik yang terpaksa mengharung keadaan dalam usaha memastikan proses pengajaran dan pembelajaran tetap terus dijalankan meski ketiadaan bekalan elektrik, berbanding sekolah-sekolah lain di daerah itu yang sudah memperoleh bekalan tenaga.

Kendatipun, isu ketiadaan bekalan elektrik mungkin tidak boleh digunakan sebagai alasan utama yang menidakkan pelajar memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan.

Saya ketika dibangku sekolah rendah dahulu (1984-1989) tika di rumah, juga pernah belajar dibawah sinaran lampu minyak tanah , tetapi memperoleh pencapaian yang memuaskan dalam UPSR. Perubahan masa terus berlalu dan perolehan bekalan tenaga di Sabah sentiasa dipertingkat sejak itu.

Saya dapat membayangkan, bahawa murid-murid SK Tanjung Keramat mungkin juga masih ada yang menggunakan bekalan tenaga pada waktu malam melalui kaedah lama seperti lampu pam, minyak tanah atau lilin untuk mendapatkan cahaya termasuk ketika menelaah pelajaran mereka di rumah.

Kemunduran yang dihadapi oleh pelajar SK Tanjung Keramat diharap mendapat perhatian Ahli Parlimen untuk turun padang ke situ memastikan kemudahan asas bekalan elektrik dapat dikecapi oleh warga pendidik dan pelajar di sana.
Mungkin juga ada dikalangan penduduk Kunak yang tidak mengetahui bahawa sekolah tersebut masih terpinggir dari arus pemodenan semasa.

Untuk melihat perkembangan semasa di kaca televisyen sudah tentu terhalang oleh ketiadaan bekalan elektrik di sekolah tersebut; dan perkampungan berhampiran terutama rumah-rumah penduduk di kawasan persendirian, berbanding jika ibubapa bekerja di kawasan estet yang tertanggung oleh ehsan syarikat . Itupun jika syarikat swasta berkenaan membekal tenaga untuk dijana kepada penduduk?

Sudah tiba masanya, pemimpin tertentu yang boleh mengutarakan permasalahan ini di dalam Dewan Rakyat membuat anjakan berkesan khusus kepada kementerian Pelajaran agar sekolah di Sabah termasuk SK Tanjung Keramat di Kunak yang masih terpinggir itu dapat mengecap arus pemodenan semasa dibawah NKRA luar bandar .

Salam 1Malaysia



0 ulasan:

ARKIB BLOG

PRU 13 : SIAPA CALON BN DUN KUNAK? (SCOOP 19 SIRI)

BURAS

BURAS
Buras or Burasa, which is made from rice and cooked in coconut milk, is usually served with beef and chicken dishes. For the Bugis Muslim community in Sabah East Coast, especially in Tawau, Kunak and Lahad Datu, Aidilfitri / Aidiladha celebration would not be complete without the Buras. Buras it is usually eaten with the 'ayam masak lengkuas'.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.
The underground tunnel (pictured) believed to be left behind by Japanese soldiers during World War II (WW2) has been identified as a potential tourist attraction in Kunak. Kunak Assemblyman, Datuk Nilwan Kabang explored the site with several officials on May 15 located at an oil palm estate owned by Sime Darby. The tunnel, which will also attract archeologists, is found to be unique in a sense. - click photo

EKSPLORASI KE LOKASI PRODUK PELANCONGAN BERPOTENSI - XPDC 2010 REPORT BY IBRAHIM TABIR