Wednesday, November 30, 2011

Semangat berpasukan lahir modal insan berwawasan


Warga pendidik, ibu bapa dan masyarakat secara amnya diajak bersama-sama dalam satu pasukan bagi menganjak paradigma ke hadapan untuk melahirkan modal insan yang berguna kepada bangsa, agama dan tanahair.

Gesaan itu disampaikan oleh Ahli Parlimen (MP) Silam, Hj Salleh Kalbi ketika majlis penyerahan bantuan khas kewangan untuk sesi persekolahan 2012 sebanyak RM100 setiap seorang pelajar sekolah menengah dan rendah di sini, yang diadakan di Dewan SMK Madai, pada Isnin.

Salleh berkata, Kementerian Pelajaran dan kerajaan Malaysia amnya sangat bersungguh-sungguh melihat aspek pendidikan sebagai modal penting memastikan masyarakat di negara ini tidak terpinggir daripada mendapat pelajaran yang sempurna.

Oleh itu katanya, sikap hormat-menghormati, saling bantu-membantu dalam usaha melahirkan pelajar cemerlang dan berwawasan akan dapat direalisasikan sekiranya kerja berpasukan dibentuk dikalangan warga pendidik, ibubapa dan masyarakat.

"Ibu bapa serta guru-guru perlu bersama dalam usaha memastikan usaha melahirkan modal insan berguna kepada negara dapat dicapai melalui perancangan yang sistematik", katanya.

Turut sama di majlis itu, Pegawai Pelajaran daerah Kunak, Zamri Pehakan; pengetua-pengetua dan guru-guru besar di seluruh daerah Kunak, ibubapa dan pelajar.

Salleh juga menyeru masyarakat agar mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah kepada umat-Nya di negara ini yang hidup harmoni disamping mengecap pembangunan yang dibawa oleh kerajaan.

Salleh berkata, menerajui kepimpinan sebagai Ahli Parlimen kawasan Silam sejak Mac 2008, beliau mengakui banyak kemudahan dan prasarana telah dibangunkan di kawasan itu dan usaha kerajaan untuk memastikan semua kawasan mendapat kemudahan asas serta keperluan penduduk sentiasa diutamakan, meskipun ada ketika tempoh pelaksanaan sesuatu program pembangunan itu ada yang mengambil masa singkat, sederhana dan jangka panjang.

"Semua yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada di peringkat Dun dan Parlimen adalah untuk kebajikan dan kemudahan rakyat seluruhnya", katanya.

0 ulasan:

ARKIB BLOG

PRU 13 : SIAPA CALON BN DUN KUNAK? (SCOOP 19 SIRI)

BURAS

BURAS
Buras or Burasa, which is made from rice and cooked in coconut milk, is usually served with beef and chicken dishes. For the Bugis Muslim community in Sabah East Coast, especially in Tawau, Kunak and Lahad Datu, Aidilfitri / Aidiladha celebration would not be complete without the Buras. Buras it is usually eaten with the 'ayam masak lengkuas'.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.
The underground tunnel (pictured) believed to be left behind by Japanese soldiers during World War II (WW2) has been identified as a potential tourist attraction in Kunak. Kunak Assemblyman, Datuk Nilwan Kabang explored the site with several officials on May 15 located at an oil palm estate owned by Sime Darby. The tunnel, which will also attract archeologists, is found to be unique in a sense. - click photo

EKSPLORASI KE LOKASI PRODUK PELANCONGAN BERPOTENSI - XPDC 2010 REPORT BY IBRAHIM TABIR