Wednesday, November 30, 2011

Rakyat perlu bijak nilai kandungan data dalam media-massa

Masyarakat pelbagai kaum digesa mengutamakan perpaduan dengan menyemai sikap hormat-menghormati, bekerjasama dan berinteraksi secara sihat dan positif dalam usaha memelihara keharmonian di negara ini.

Ahli Parlimen (MP) Silam, Salleh Kalbi berkata, hanya dengan persefahaman yang utuh dan berterusan boleh mengukuhkan perpaduan dikalangan pelbagai kaum dan agama. Dalam masa sama, sikap mementingkan diri sewajarnya dihindarkan kerana perkara seperti itu menimbulkan banyak persepsi negatif kepada orang ramai.

"Marilah kita memelihara negara ini dengan baik melalui persefahaman dan kerjasama yang padu", katanya menambah, masyarakat seharusnya menitikberatkan kerjasama dikalangan mereka untuk memastikan agenda pembangunan negara mencapai matlamatnya dan boleh dikecapi segenap lapisan masyarakat.

"Kita juga perlu mengelak daripada memutarbelitkan isu, membuat fitnah atau mewujudkan kelompok tertentu atas tujuan yang boleh menjejaskan keharmonian", katanya di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Jabatan Perdana Menteri, yang diadakan di Dewan Masyarakat Kunak pada Isnin. Kira-kira 1,000 orang menghadiri majlis itu.

Turut sama, Pengarah MKN negeri Sabah, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), pegawai-pegawai jabatan keselamatan termasuk Polis, Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Rela.

Menurut Salleh, ledakan teknologi maklumat (ICT) dan penggunaan internet secara meluas membolehkan masyarakat mengakses pelbagai sajian berita yang ada.
Namun katanya, masyarakat perlu bijak menilai kandungan sesuatu berita itu yang disiarkan dalam media-massa itu. Masyarakat katanya, tidak seharusnya percaya dan menerima sepenuhnya maklumat yang ada di internet tanpa merujuk kepada pihak yang berkenaan terlebih dahulu.

Dalam pada itu, sempena sambutan Maal Hijrah iaitu sambutan Tahun Baru Islam, Salleh mengajak seluruh masyarakat khususnya penduduk di Kunak mempertingkat persefahaman dikalangan mereka dan menghindari perkara-perkara negatif sesuai dengan tema sambutan Hijrah tahun ini "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah".


0 ulasan:

ARKIB BLOG

PRU 13 : SIAPA CALON BN DUN KUNAK? (SCOOP 19 SIRI)

BURAS

BURAS
Buras or Burasa, which is made from rice and cooked in coconut milk, is usually served with beef and chicken dishes. For the Bugis Muslim community in Sabah East Coast, especially in Tawau, Kunak and Lahad Datu, Aidilfitri / Aidiladha celebration would not be complete without the Buras. Buras it is usually eaten with the 'ayam masak lengkuas'.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.
The underground tunnel (pictured) believed to be left behind by Japanese soldiers during World War II (WW2) has been identified as a potential tourist attraction in Kunak. Kunak Assemblyman, Datuk Nilwan Kabang explored the site with several officials on May 15 located at an oil palm estate owned by Sime Darby. The tunnel, which will also attract archeologists, is found to be unique in a sense. - click photo

EKSPLORASI KE LOKASI PRODUK PELANCONGAN BERPOTENSI - XPDC 2010 REPORT BY IBRAHIM TABIR