Sunday, November 20, 2011

PRU 13 : Siapa calon BN Kunak?

Siri ke-18 daripada 19 siri

Pilihanraya Umum ke-13 akan diadakan tidak lama lagi. Masih tertanya-tanya dikalangan segelintir pihak untuk menduga kebarangkalian calon yang akan diketengahkan dalam pilihanraya akan datang. Lobi-melobi sudah agak reda ketika ini di kawasan Dun Kunak kerana senarai bakal calon mungkin telah berada di tangan pucuk pimpinan parti .

Siapa calon BN Kunak akan ditentukan kelak. Boleh jadi individu yang terpilih dikalangan 'tua atau muda' , yang penting ialah calon berkenaan dapat diterima rakyat dan diyakini "boleh menang" di kawasan itu.

Apa jua keputusan dari pucuk pimpinan, ia diharap dapat diterima rakyat khususnya pengundi di Kunak.
Dalam masa sama, tentu masih ujud desas-desus tentangan yang bakal dihadapi oleh calon BN sama ada ia dari Bebas, parti pembangkang (PKR) atau PAS, Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) yang berpusat di Semenanjung, atau mana-mana parti tempatan Sabah termasuk Usno yang mencuba nasib jika berjaya untuk bersaing dalam PRU akan datang.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan yang parti KITA pimpinan Datuk Zaid Ibrahim akan meletakkan calonnya di kawasan DUN di Sabah berdasarkan beberapa faktor. Mungkinkah kawasan Dun Kunak tidak terkecuali ditandingi oleh parti Kita dalam PRU 13 nanti? Semuanya akan terjawab tatkala pucuk pimpinan BN telah menentusahkan calon yang akan diletakkan di sesuatu kawasan itu termasuklah di Kunak.
Namun, penulis meramalkan BN masih mampu mempertahan kedudukannya di Dun Kunak jika ahli-ahli parti dan komponennya dapat bekerjasama untuk memperkukuh kedudukan itu di sini. Jika berlaku perpecahan dan saling tidak mempercayai, sudah tentu calon BN yang diketengah akan berdepan dengan situasi sengit untuk mempertahan kerusi Kunak yang dulunya memang dimenangi oleh BN .

Ramai pemerhati melihat bahawa keterlepas pandangan pucuk pimpinan BN dalam menentukan calon yang benar-benar boleh menang (winnable) akan memberi kesan kurang baik kepada prestasi BN untuk meraih kemenangan.

Sudah kedengaran juga yang pengundi Kunak masih mahu agar kerusi Dun tersebut diwakili oleh calon tempatan meskipun ada cubaan calon import sebelum ini yang melobi untuk kerusi Kunak. Sebenarnya, keupayaan seseorang pemimpin itu hanya boleh dilihat setelah ia dipilih menjadi wakil rakyat dalam proses pengundian (pilihanraya).
Sikap segelintir pihak yang suka menerbitkan bibit-bibit ketegangan seperti seseorang individu itu tidak layak untuk dipilih sebagai calon atas sebab tertentu dalam laman sosial (facebook, twitter, laman sesawang yang lain) adalah perkara biasa namun ia akan memberi kesan kepada pandangan umum diatas fakta yang boleh dipercayai, atau tidak.

Semua orang bebas memberi pendapat mereka .

Menjatuhkan individu dengan memberi imej negatif semata bukanlah kaedah positif apatahlagi jika laporan itu didapati prejudis tanpa mendapatkan respon dari 'orang yang kena tuduh'. Disebalik perkara seperti itu, ada juga dikalangan mereka yang mengambil langkah berdiam daripada melayan sebarang propaganda atau persepsi negatif yang dilontarkan _ sementelahan situasi seperti itu acap kali berlaku tiap menjelangnya pilihanraya .
Kerana semua pihak yang mahu ke depan akan menggunakan cara dan tektik berbeza untuk mendapat perhatian ramai khususnya pucuk pimpinan bahawa mereka inilah individu yang benar-benar boleh memimpin .

Presiden Barisan Nasional (BN) yang juga Perdana Menteri, Datuk seri Najib Tun Razak difahamkan akan mengadakan lawatan bertemu rakyat dan dijangka berkunjung ke Lahad Datu , salah satu kawasan Dun di Parlimen Silam. Sudah tentunya ramai dikalangan ahli-ahli parti komponen BN akan menyambut PM di Lahad Datu, Disember nanti. Ia juga tidak terkecuali dari kalangan pengundi Dun Kunak dan Tungku, ramai yang menantikan kedatangan pemimpin nombor satu negara ke kawasan Silam.
Perdana Menteri juga mungkin akan menyampaikan amanat yang penting kepada rakyat khususnya pengundi di kawasan Silam yang kini merupakan antara kubu kuat BN untuk dipertahan dalam PRU 13 yang dijangka mengalami persaingan sengit.

Siapa calon BN akan ditentukan oleh pucuk pimpinan dengan mana individu tersebut mampu memenangi hati rakyat dan disenangi pengundi.

0 ulasan:

ARKIB BLOG

PRU 13 : SIAPA CALON BN DUN KUNAK? (SCOOP 19 SIRI)

BURAS

BURAS
Buras or Burasa, which is made from rice and cooked in coconut milk, is usually served with beef and chicken dishes. For the Bugis Muslim community in Sabah East Coast, especially in Tawau, Kunak and Lahad Datu, Aidilfitri / Aidiladha celebration would not be complete without the Buras. Buras it is usually eaten with the 'ayam masak lengkuas'.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.
The underground tunnel (pictured) believed to be left behind by Japanese soldiers during World War II (WW2) has been identified as a potential tourist attraction in Kunak. Kunak Assemblyman, Datuk Nilwan Kabang explored the site with several officials on May 15 located at an oil palm estate owned by Sime Darby. The tunnel, which will also attract archeologists, is found to be unique in a sense. - click photo

EKSPLORASI KE LOKASI PRODUK PELANCONGAN BERPOTENSI - XPDC 2010 REPORT BY IBRAHIM TABIR