Wednesday, November 30, 2011

Kerjasama guru, ibubapa bantu pembelajaran berjalan lancar


Tugas dalam mencorakkan keperibadian anak-anak bukan sahaja terletak dibahu warga pendidik semata-mata, malah ia juga merupakan salah satu peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa.
Adun Kunak, Datuk Nilwan Kabang berkata, ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak ketika di rumah dan tidak membiarkan anak-anak terdedah dengan perkara yang boleh melunturkan keperibadian serta moral.

"Didikan agama yang sempurna merupakan aspek yang amat penting dan perlu diseimbangkan dengan pencapaian akademik", katanya ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Ko-Kurikulum, Sekolah Agama Rakyat (SAR) integrasi Kelas Al-Quran dan Fardhu-Ain (Kafa) kampung Pangi di sini, Sabtu lalu.

Dalam pada itu, ibu bapa perlu komited dan mengambil inisiatif dengan melangkah ke hadapan dan bekerjasama dengan guru-guru dalam memastikan aspek pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berada dalam keadaan yang sempurna.

"Ibubapa boleh menjadi perintis kepada kemajuan pendidikan anak-anak dengan membina satu pendekatan seperti membantu pihak sekolah menambahbaik prasarana dalam bilik darjah melalui sumbangan ikhlas mereka tanpa mengharapkan bantuan kerajaan sepenuhnya", katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Nilwan bersetuju membantu Sekolah Agama Rakyat itu dengan penyaluran bantuan dana RM10 ribu untuk kemudahan bilik darjah bagi kerja-kerja penambahbaikan. Selain itu, 200 buah kerusi dan sebuah komputer akan diagihkan ke sekolah berkenaan.

Menurut Nilwan, beliau juga berterima kasih di atas komitmen Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) wilayah Sabah dan Labuan yang menjadikan SAR kg.Pangi itu sebagai "sekolah angkat" selain menyalurkan bantuan peralatan sekolah khusus untuk kegunaan guru dan murid-murid.

Nilwan berkata, komitmen pasukan keselamatan seperti APMM yang menunjukkan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat khususnya di Pangi membuktikan agensi keselamatan bukan sekadar sebuah organisasi yang menjaga keselamatan negara, tetapi juga menyumbang kepada khidmat sosial kemasyarakatan yang sesungguhnya perlu mendapat pujian.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Sekolah Agama Rakyat Kg.Pangi, Akmat Wahab, Pegawai Tadbir Jheains Kunak, Mardi Arifin; Komander Maritim bahagian Tawau yang juga pengarah operasi (APMM) Tawau, Azman Samsudin mewakili Ketua Penguatkuasa Maritim Malaysia wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama, Mohd Taha Ibrahim

0 ulasan:

ARKIB BLOG

PRU 13 : SIAPA CALON BN DUN KUNAK? (SCOOP 19 SIRI)

BURAS

BURAS
Buras or Burasa, which is made from rice and cooked in coconut milk, is usually served with beef and chicken dishes. For the Bugis Muslim community in Sabah East Coast, especially in Tawau, Kunak and Lahad Datu, Aidilfitri / Aidiladha celebration would not be complete without the Buras. Buras it is usually eaten with the 'ayam masak lengkuas'.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.
The underground tunnel (pictured) believed to be left behind by Japanese soldiers during World War II (WW2) has been identified as a potential tourist attraction in Kunak. Kunak Assemblyman, Datuk Nilwan Kabang explored the site with several officials on May 15 located at an oil palm estate owned by Sime Darby. The tunnel, which will also attract archeologists, is found to be unique in a sense. - click photo

EKSPLORASI KE LOKASI PRODUK PELANCONGAN BERPOTENSI - XPDC 2010 REPORT BY IBRAHIM TABIR