Wednesday, November 30, 2011

Hijrah asas penting kemajuan umat Islam


Asas penting bagi melihat kemajuan umat Islam adalah apabila mereka berani untuk melakukan perubahan iaitu "Hijrah" dalam konteks yang mengutamakan kepentingan akhirat dengan mengamalkan nilai-nilai positif yang luhur, dihormati dan disegani.

Adun Kunak Datuk Nilwan Kabang, semasa majlis penyempurnaan Sambutan Maal Hijrah peringkat daerah berkata, umat Islam di daerah itu perlu mempererat tali persaudaraan dikalangan mereka tanpa mengira kaum dan perbezaan pendapat.

Beliau juga menggesa umat Islam meningkatkan semangat Hijrah untuk bekalan di hari akhirat dengan lebih mengutamakan kebajikan kepada masyarakat dan menyumbang untuk kesejahteraan umat manusia.

Dalam majlis yang diadakan di Dewan Masyarakat di sini pada Ahad lalu, Hj. Mohd Rani Tawit, 58, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah ,Kunak.
Mohd Rani pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Perhubungan (Majlis Ugama Islam Sabah - MUIS) bermula 19 September 1977 merupakan anak Dusun yang pertama dilantik ke jawatan tersebut. Beliau juga pernah berkhidmat di daerah kecil Kunak pada 1978 dengan jawatan sama tetapi menggalas tanggungjawab baru secara tidak langsung sebagai Pegawai Pentadbir Agama sehingga 30 September 1995.

Beliau telah diberikan peranan baru di dalam Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) sebagai Penolong pegawai tadbir agama dan sekali lagi ditempatkan di daerah Kunak (berstatus daerah penuh) pada 1 Oktober 1996.

Panel penilai turut memberi beberapa anugerah di majlis itu antaranya, Anugerah Abdul Rahman Auf kepada Hj Mokhtar Pallemai, Anugerah Saiyidatina Khadijah - Ustazah Normah Hussin, Imam As-Syafie (imam Adam Yahya), dan anugerah Khalid Al-Walid kepada Nurmaksud Hamzah.

Syarikat Sime Darby Plantation (Kunak Division) antara penerima anugerah khas Maal Hijrah khusus dari sektor swasta.

Turut sama di majlis itu, Pegawai Daerah Kunak, Susilo Sumarto; Penolong Pegawai (Pembangunan) daerah, Hussien Ibrahim , Ketua-ketua dan pegawai jabatan kerajaan dan swasta serta masyarakat umum.

0 ulasan:

ARKIB BLOG

PRU 13 : SIAPA CALON BN DUN KUNAK? (SCOOP 19 SIRI)

BURAS

BURAS
Buras or Burasa, which is made from rice and cooked in coconut milk, is usually served with beef and chicken dishes. For the Bugis Muslim community in Sabah East Coast, especially in Tawau, Kunak and Lahad Datu, Aidilfitri / Aidiladha celebration would not be complete without the Buras. Buras it is usually eaten with the 'ayam masak lengkuas'.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.
The underground tunnel (pictured) believed to be left behind by Japanese soldiers during World War II (WW2) has been identified as a potential tourist attraction in Kunak. Kunak Assemblyman, Datuk Nilwan Kabang explored the site with several officials on May 15 located at an oil palm estate owned by Sime Darby. The tunnel, which will also attract archeologists, is found to be unique in a sense. - click photo

EKSPLORASI KE LOKASI PRODUK PELANCONGAN BERPOTENSI - XPDC 2010 REPORT BY IBRAHIM TABIR