
Siri ke 17
PRU 13 : Siapa calon BN Kunak?
Pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi di Sandakan akan berlangsung pada Khamis ini. Tiga calon bertanding di kawasan parlimen tersebut akan berentap untuk merebut kerusi Batu Sapi seterusnya menjadi wakil rakyat di Dewan Parlimen nanti. Itu yang berlaku di Sandakan Sabah.
Dalam membicarakan situasi politik semasa lebih-lebih lagi persiapan untuk PRU 13 akan datang, kelibat politikus di Dun Kunak juga semakin hari kian 'rancak' dengan beberapa kelompok dalam parti Umno bekerja keras untuk memastikan pelobi sokongan mereka akan dipilih sebagai Calon Barisan Nasional (BN) bagi mengisi gelanggang pertaruhan menentang parti lawan sama ada dari PKR (Parti Keadilan Rakyat), PAS (Parti Islam Semalaysia) atau juga dengan calon Bebas andainya ada yang berani menawarkan diri untuk bertanding di sini.
Sudah sejak awal lagi, bekas calon PKR Dun Kunak PRU 12 yang lalu, Hj.Bedu Kudusa telah mengesahkan yang beliau 'tidak lagi mahu bertanding' dalam PRU 13 akan datang. Itu kenyataan beliau yang saya peroleh menerusi wawancara ringkas yang diadakan sebelum ini dan disiarkan menerusi akhbar tempatan. Untuk bacaan semula, sila klik di sini.
Nampaknya, calon PKR akan datang di Dun Kunak merupakan muka baru dan belum dipastikan siapa beliau. Pun begitu, apakah calon baru PKR di sini nanti berupaya merubah landskap politik setempat selepas Bedu berjaya menambah jumlah undi yang diperolehi parti itu pada pilihanraya PRU 12 berbanding pilihanraya ke 11.
Tentunya, PKR kali ini akan lebih 'bertilik' memilih calon dan menumpu sepenuhnya kekangan-kekangan lalu bagi menerobos segala benteng kekuatan BN di Dun Kunak.
Sudah menjadi budaya sepakat bagi Pakatan Rakyat (PR) dalam menentukan kedudukan atau calon yang bertanding di sesuatu kerusi sama ada DUN mahupun Parlimen. Oleh itu, pemerhati politik meramalkan jika calon PKR diturunkan merebut kerusi Dun Kunak dalam PRU 13 akan datang, rakan pakatan seperti dari parti PAS yang dikatakan sudah mula bertapak di daerah ini hanya turut membantu memastikan calon PR boleh memberi saingan sengit kepada calon BN yang dipilih kemudian.
Ada juga pendapat mengatakan, jika terdapat calon Bebas bertanding dalam PRU 13 di Dun Kunak, pastinya saingan sengit berlaku antara calon-calon bertanding termasuk dari BN dan pembangkang. Inilah yang akan mungkin menjadi perkiraan pucuk pimpinan pusat untuk memilih calon BN yang benar-benar boleh memberi kemenangan parti tersebut bagi mengekal kubu kuatnya di situ.
Sebelum ini, tinjauan rambang juga mendapati program-program atau majlis yang diadakan oleh wakil rakyat dari Barisan Nasional di Kunak tidak mendapat sambutan yang menggalakkan apabila kehadiran masyarakat dilihat 'berkurangan' - tidak seperti bulan-bulan pertama atau berikutnya selepas kemenangan pada PRU 12 yang lalu.
Apakah ini boleh ditafsir sebagai kurangnya sokongan terhadap wakil rakyat sedia ada atau terdapat faktor-faktor lain menyebabkan sambutan masyarakat terutama dari kalangan rakan dalam Umno itu gagal hadir di majlis atau program yang dijalankan itu?. Persoalan ini memerlukan rungkaian dan kajian teliti serta terperinci bagi mengenalpasti punca sokongan itu kian merudum?
Perdana Menteri sudah berulang kali menegaskan dan memberi nasihat kepada wakil rakyat BN agar bekerja dengan tekun, rajin turun padang ke kawasan yang mereka wakili bukan hanya kawasan tertentu sahaja tetapi juga semua tempat atau kampung kerana pengundi dan penyokong Barisan Nasional ada di merata pelusuk. Sentiasa menjadi pendengar setia segala rintihan dan permasalahan rakyat serta berupaya menyelesai permasalahan yang wujud.
Kawasan Dun Kunak adalah kerusi yang menjadi rebutan ramai pelobi sama ada dikalangan penduduk tempatan/setempat mahupun dari luar daerah ini. Kendatipun, jika soalan diajukan kepada pengundi Kunak atau beberapa kumpulan profesional yang bekerja di sektor tertentu, majoriti mereka sependapat yang Dun Kunak wajar diberikan kepada calon tempatan berbanding calon luar atau 'calon import'.
Kawasan Dun tersebut bukan lagi asing bagi pelobi-pelobi dari luar malah anak tempatan di sini juga tidak kurang hebatnya dalam mengharungi bidang politik. Dalam masa sama, apakah mereka bersedia untuk menjadi pemimpin yang berkaliber dan berpandangan jauh ke hadapan dalam membawa perubahan serta pembangunan yang mapan di daerah ini, tidak setakat di situ malah boleh bersikap adil dan saksama dalam memastikan rakan-rakan dalam parti tidak terpinggir dan tersisih lebih-lebih lagi bagi mereka yang telah banyak membantu mengangkat martabat individu itu sehingga ia boleh bergelar sebagai pemimpin atau wakil rakyat?.
Tentunya para pelobi akan menepuk dada sendiri dan bertanya kepada diri mereka :
"Bolehkah aku jadi wakil rakyat Kunak?"
PRU 13 akan menjadi medan penentuan sama ada calon BN yang dipilih kelak boleh mengekalkan kerusi itu atau sebaliknya.
: Bersambung dalam Siri ke 18.
3 ulasan:
Salam KP,
Lima Track record pertama Calon yang layak bagi DUN Kunak tak kira dari mana-mana parti:
1. Orang Kunak.
2. Mesra rakyat.
3. Tidak terlalu taksub pada mana-mana kelompok,
4. Corak kepimpinan dalam bidang apa jua yang ada masa kini JELAS menjurus kepada kepentingan umum
5. Fasih, berani dan menunjukkan kematangan dalam menyampaikan pandangan rakyat kepada pucuk pimpinan.
Tercicir satu dp kriteria di atas akan menyebabkan kehilangan WP.
Salam, saya setuju apa yang di utarakan oleh KK, cuma biasa nya bakal calon yang dimaksudkan oleh KK, dekat PRU baru muncul.
Salam KP..
Menjadi wakil rakyat adalah wakil kpd rakyat... pemimpin kpd rakyat, perjuangan utk rakyat dan pengorbanan utk rakyat.. maksudnya bukan rakyat yg perlu dikorbankan...
Kita sudah melalui reformasi, kini datanglah transformasi.. kedua2nya berlaku adalah akibat asakan dan desakan rakyat yg mahukan "style" kepimpinan berubah sesuai dgn perkembangan global...
rakyat nampak.. rakyat sudah sedar... kebanyakan pemimpin2 mereka hari ini tidak serupa dgn pemimpin2 dlm angkatan pasca kemerdekaan.. maka berlaku suatu gelombang "blue ocean strategy" oleh rakyat dlm PRU12... rakyat meletakkan pemimpin berasaskan "keperluan" dan bukan lagi "kepentingan" semata2.
berubah atau tidak berubah, hakikat ini kena terima... umumnya rakyat sudah tidak lagi taksub kpd parti.. tapi lebih kpd membuat pilihan "PEMIMPIN YG ADA AKHLAK DAN ADA QUALITI"...
rakyat sudah tidak sanggup lagi bersubahat atau berkompromi dgn pemimpin2 yg bersifat "vacuum cleaner"... menyedut segala kemewahan dan hak rakyat demi kepentingan diri dan kroni....
menjurus kpd senario politik semasa daerah kunak, kalau dulu rakyat berpendapat pemimpin yg kaya dan berharta perlu diangkat menjadi pemimpin kunak, maka lahirlah Datuk Jasa Raudah, kemudian selera rakyat kunak berubah pula menginginkan pemimpin yg berpengaruh, maka lahirlah Datuk Nilwan Kabang...
persoalannya apakah pemimpin yg kaya atau pemimpin yg berpengaruh boleh memberi impak yg besar dlm merubah nasib rakyat?
Maka kita yakin, fasa seterusnya rakyat kunak mungkin sudah waktunya memerlukan "PEMIMPIN YG BERKUALITI"....
dan kita yakin, perkara ini bukan saja berlaku di kunak, tapi angin ahmar ini sudah merebak ke seluruh negeri di Malaysia.
Anna Ariana Armada
Post a Comment