Thursday, June 17, 2010

Sejarah sebagai intipati penting

Siri 16
PRU 13 : Siapa calon BN Kunak?

Sejarah daerah Kunak boleh diketahui menerusi pembacaan buku, atau dokumentasi berbentuk berita dan sebahagian pula diperoleh melalui internet. Bagaimana untuk mencari seberapa banyak susur galur sejarah daerah Kunak dan bagaimana Kunak mendapat nama-nya mungkin ramai sudah ketahui.

Saya sendiri pun masih mengumpul beberapa bahan kajian dan maklumat daripada pelbagai sumber yang boleh dipercayai untuk mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan daerah kelahiran yang tercinta ini.

Sebagai masyarakat tempatan, satu daripada elemen penting dan menjadi intipati ilmiah yang boleh digarap dalam mempertingkat ilmu pengetahuan termasuk pengalaman lampau ialah berkaitan sejarah sesuatu tempat itu apatah lagi jika kita beria-ia benar ingin menjadi seorang pemimpin di kawasan tersebut.

"Benar atau tidak?", soal saya kepada seorang ahli Umno veteran dan mempunyai banyak pengalaman manis & pahit sejak berusia di zaman kanak-kanak hinggalah beliau dewasa dan berkhidmat di sebuah jabatan kerajaan di sini.
Dalam pertemuan itu baru-baru ini, beliau menceritakan bagaimana jerih payah orang tuanya mencari sesuap nasi dan wang perbelanjaan untuk menyekolahkan beliau bersama adik-beradik ketika itu yang bergantung harap pada pekerjaan sebagai buruh kasar di ladang.

Pengalaman dan sejarah yang dilalui telah memberi banyak pengajaran dan lebih utama ialah kesedaran betapa pentingnya menjaga 'maruah' dan keistimewaan yang terdapat di Kunak ini sama ada di kawasan daratannya (gunung-ganang, bukit-bukau, dengan tanah yang subur terbentang luas) sehingga ke kawasan maritimnya yang kaya dengan sumber laut.
"Sebab itu, mungkin ramai yang datang ke Kunak untuk mencari peluang berniaga, membuka tanah pertanian dan tidak kurang pula yang mencuba nasib untuk menjadi pemimpin di sini suatu hari nanti", ujar rakan tersebut.

Perbualan kami kemudian tertumpu ke aspek politik setempat dan pilihanraya akan datang. Perkataan yang menjadi intipati penting sebagai bahan ilmiah bagi seseorang yang mahu bergelar sebagai pemimpin ialah pengetahuannya berkaitan SEJARAH (enam huruf yang terangkum iaitu A, E, H, J, R dan S, membentuk satu perkataan dengan tiga suku kata SE..JA..RAH terhasillah SEJARAH.

"Ya, Sejarah itulah harus menjadi antara intipati penting untuk diketahui berkaitan sesuatu daerah dan bagaimana sesuatu tempat itu mendapat namanya", kata beliau.

Beliau kemudian menyatakan bahawa, dengan hanya mengetahui Sejarah sesuatu tempat tidak cukup bagi seseorang untuk menjadikan dirinya benar-benar cinta dan sayang kepada daerah sendiri kerana tanpa pengalaman dari zaman kanak-kanak yang dibesarkan di daerah kelahirannya sehinggalah dewasa ketika ini, sudah tentu sukar untuk memperoleh rasa 'cinta' itu. Begitulah mendalam ungkapan yang dimaksudkan oleh rakan saya.

Dengan spontan beliau menjelaskan bahawa, hanya mereka atau sesiapa sahaja yang lahir dan membesar di daerah sendiri tentunya mempunyai rasa kebertanggungjawaban yang diselami dengan cinta dan sayang kepada daerah kelahirannya dan mahu menjadi pemimpin yang berjuang membela nasib penduduk dan komunitinya.

Ringkasnya, peluang untuk penduduk asal Kunak atau orang tempatan menjadi calon BN pada pilihanraya ke 13 akan datang di kawasan DUN Kunak terbuka luas dan harus diberikan kepada calon tempatan, bukan calon luar kerana itu adalah lumrah di kebanyakan kawasan DUN dan Parlimen di Malaysia. Daerah Kunak juga tidak mahu ditadbir oleh calon import!..

Hasil daripada analisis pengundian yang diperolehi sebelum ini menerusi blog dan capaian pendapat daripada pertemuan bersemuka dengan penduduk atau pengundi setempat di sini, ramai atau 87 peratus berpendapat kawasan DUN Kunak harus diberi kepada calon tempatan dan bukannya calon import kerana di daerah itu juga mempunyai individu-individu yang berpengalaman serta berpengetahuan dan boleh memimpin daerah sendiri.

Wassalam.

: Bersambung dalam siri ke-17 yang mengupas beberapa perubahan yang telah berlaku di daerah Kunak dari aspek ekonomi dan pembangunan setempat.

9 ulasan:

uranglama said...

sejarah memang penting untuk memupuk perasaan cintakan tanah air. sya juga setuju bahwa wakil rakyt haruslah diambil daripada calon tempatan sendiri kerana dia lebih memahami keadaan tempat dia sendiri dan ia mempnyai perasaan cintakan tanah kelahirannya.

pacayang said...

calon pemimpin memang patut diambil dikalangan penduduk tempatan sendiri. kerana ini untuk memudahkan dan meyenangkan dalam pemimpinan kerana mereka lebih faham akan suasana tempat mereka sendiri.

Kurt said...

No doubt that the best candidate should be from their own district.

khalid said...

siapa-siapa pun boleh menjadi pemimpin asalkan sentiasa mengetahui permasalahan penduduk. Sentiasa up to dated dengan pelbagai perkara pembangunan, kemajuan dan sebagainya.

jack said...

calon haruslah daripada kalangan pemimpin tempatan Kunak...ini disebabkan sebagai seorang tempatan, dia lebih faham akan masalah yang dihadapi...selain itu,dia adalah lebih dikenali oleh masyarakat tempatan..dengan ini adalah senang bagi masyarakat untuk berjumpa dengan calon apabila telah menang untuk mewakili kawasan tersebut..

samanda said...

ya.. hanya orang tempatan sahaj yang memahami budaya dan keadaan hidup masyarakatnya. oleh itu, penggunaan calon tempatan adalah lebih baik berbanding calon import.

2718 said...

yupp, calon tempatan lebih memahami dan menjiwai permasalahan dan suara rakyat di daerah kelahirannya. malah hubungan interaksi juga dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

toM said...

betul..betul..betul...calon tempatan betul2 tahu apa masalah tempat tersebut dan ini juga akan memudahkan orang tempatan untuk berkongsi masalah kerana calon adalah golongan orang kunak sendiri.

supra said...

saya setuju dgn kmu semua! hal seperti ini bukan hnya perlu diterapkan di Kunak tetapi juga di kawasan2 lain.

ARKIB BLOG

PRU 13 : SIAPA CALON BN DUN KUNAK? (SCOOP 19 SIRI)

BURAS

BURAS
Buras or Burasa, which is made from rice and cooked in coconut milk, is usually served with beef and chicken dishes. For the Bugis Muslim community in Sabah East Coast, especially in Tawau, Kunak and Lahad Datu, Aidilfitri / Aidiladha celebration would not be complete without the Buras. Buras it is usually eaten with the 'ayam masak lengkuas'.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.
The underground tunnel (pictured) believed to be left behind by Japanese soldiers during World War II (WW2) has been identified as a potential tourist attraction in Kunak. Kunak Assemblyman, Datuk Nilwan Kabang explored the site with several officials on May 15 located at an oil palm estate owned by Sime Darby. The tunnel, which will also attract archeologists, is found to be unique in a sense. - click photo

EKSPLORASI KE LOKASI PRODUK PELANCONGAN BERPOTENSI - XPDC 2010 REPORT BY IBRAHIM TABIR