Sunday, May 16, 2010

Eksplorasi ke lokasi produk pelancongan berpotensi

Bekas terowong Jepun yang dipercayai dibina semasa era penjajahan.


Mud Pool di Binuang, Kunak

Gelembung kecil yang keluar ke permukaan di kolam lumpur (Mud Pool) Binuang.

Mud Pool Kunak, sesuai jadi produk tarikan untuk kunjungan pelawat.

Air Panas di Sungang... air panas dipercayai keluar dari celah batuan ini.

Di kawasan Hot Spring (Air panas) Sungang.

'Kayu keras' yang masih terpacak ini dipercayai peninggalan lama era 1940-an ketika zaman penjajahan Jepun.

Bekas terowong Jepun .

Bangunan lama yang dibina sekitar tahun 1942.

KUNAK : Daerah Kunak di pantai timur Sabah terkenal dengan produk sarang burung dan hasil tanaman buah sawit.
Dalam pada itu, daerah yang dulunya dikenali sebagai Mostyn ini juga memiliki khazanah semulajadi dan beberapa lokasi menarik peninggalan sejarah terutama ketika zaman Jepun di era 1940-an.

Eksplorasi menjelajah ke beberapa kawasan tertentu di daerah berkenaan pada Sabtu (15 Mei) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kunak, Datuk Nilwan Kabang dan anggota Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) termasuk beberapa orang Pengerusi JKKK telah membuka satu 'landasan' bagi memperkenal daerah Kunak yang mempunyai tempat-tempat menarik untuk dikunjungi oleh pelancong dalam negeri dan juga luar negara.

Bercakap kepada wartawan Daily Express selepas eksplorasi itu, Nilwan berkata, beliau sangat mengalu-alukan supaya pihak Kementerian Pelancongan negeri Sabah dapat melawat ke daerah tersebut dan melihat sendiri potensi tempat-tempat menarik yang ada di sini untuk dibangun seterusnya dipromosikan sebagai destinasi kunjungan pelawat tempatan dan juga pelancong asing.

"Sebelum ini, saya telah beberapa kali mengemukakan perkara ini kepada Dewan (Sidang DUN) terutama kepada Kementerian Pelancongan supaya melakukan peninjauan ke atas tempat-tempat tertentu (di Kunak) kerana ia boleh kita jadikan sebagai tarikan pelancongan"katanya.

Antara kawasan semulajadi yang ada di sini seperti Hot Spring (Air panas) di Sungang, Mud Pool (Kolam lumpur) di Binuang. Selain itu, Terowong bekas zaman penjajahan Jepun di Mostyn, Bangunan tinggalan sejarah era-Jepun sekitar tahun 1942, dan beberapa lokasi tertentu yang dipercayai mempunyai nilai sejarah untuk dijadikan bahan kajian.

Dalam eksplorasi itu, kami juga meninjau dua buah batang kayu keras yang masih 'dijaga rapi' daripada 'pupus' - yang mana kayu yang masih tegak berdiri itu dipercayai berkemungkinan adalah kawasan medan dan markas tentera Jepun semasa perang dunia kedua sekitar tahun 1942 hingga 1945. Kira-kira 500 meter dari lokasi 'kayu' tersebut, sebuah bangunan lama peninggalan tentera Jepun masih kekal di situ.

Eksplorasi seterusnya ialah tinjauan ke 'Terowong Jepun' yang terletak dalam kawasan ladang kelapa sawit milik sebuah syarikat perladangan. Pengunjung perlu berwaspada ketika menuruni anak tangga untuk masuk ke dalam terowong berkenaan. Keadaan gelap-gelita hanya diterangi dengan bantuan cahaya lampu suluh membolehkan beberapa peserta ekspedisi memasuki terowong lama itu.
Kami difahamkan, terowong Jepun ini yang dibina pada 1940-an semasa era perang dunia kedua masih menjadi 'misteri' dimana lokasi titik mula dan lokasi pengakhiran terowong tersebut.

Menurut cerita lampau, terowong ini ditemui oleh sekumpulan kaum Iban yang pernah menjelajah kawasan hutan ketika itu dan menemukan runtuhan terowong bawah tanah berkenaan ketika tahun 1970-an.

Rombongan ekspedisi mengakhiri lawatan pada hari tersebut di kawasan kolam lumpur (Mud Pool) yang terletak di Ladang Binuang. Apabila sampai berdekatan kolam itu, terdengar bunyi 'gloop' yang dipercayai gelembung dari dalam kolam tersebut keluar ke permukaannya.
Kekadang bunyi gloop itu bersilih ganti.

Ekspedisi itu merentasi jalan bertanah laterit dan amat sesuai menggunakan kenderaan pacuan empat roda (Four-wheel drive).

Dalam perkembangan yang sama, Nilwan berkata, tujuan ekspedisi itu dijalankan bagi meninjau dengan lebih dekat lagi kawasan berkenaan dan memberi peluang kepada pemimpin di peringkat akar umbi termasuk pengerusi JKKK agar mereka dapat pendedahan awal mengenai potensi produk pelancongan daerah yang boleh diperjelaskan kepada pengunjung tempatan dan pelawat luar yang datang ke daerah Kunak.

Menurut Nilwan, pihaknya amat berharap potensi pelancongan yang ada di daerah Kunak seperti khazanah semulajadi dan tinggalan-tinggalan sejarah yang masih ada dapat dibangunkan sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri ini pada masa hadapan.

13 ulasan:

annie said...

Kunak mmg kaya dgn alam semujadi... Kunak beruntung memiliki tempat2 yg blh menarik pelancung dlm dan luar negeri/negara dtng berkunjung ke daerah Kunak. Hargailah Khazanah Alam Semulajadi yg Tuhan kurniakan...

Kunak Press said...

salam kepada pengunjung blog ini.
juga kepada blogger annie.
Lokasi yang dipaparkan dalam rencana ini antara sebahagian daripada tempat-tempat yang berpotensi menjadi tarikan pelancong tempatan dan luar negara.

Beberapa lagi lokasi telah dikenalpasti boleh dimajukan sebagai produk pelancongan di daerah Kunak.

darkis said...

Salam semua....
rugi ak ndak ikut...

Kunak Press said...

Salam pagi,
kepada saudara DARKIS, boleh ikut serta pada eksplorasi akan datang.
Call me or send SMS to 019-8505567

Saya juga mahu dapat maklumat mengenai 'plane carcass' era tahun 1940-an jika masih boleh ditemui di sini dipercayai terdampar di suatu lokasi yang belum dijejaki lagi.

Jumpa di Kunak bila anda ke sini nanti...
thank you

MutiaraBah said...

Bah apalagi taukeh-taukeh sekalian, bersiaplah mengembangkan sayap perniagaan terrutama yang berkaitan dengan produk pelancongan ke Daerah Kunak.

Annie, kalau kau ada modal lebih bolehlah kau pinjamkan aku untuk buka bisnis di Kunak.... he...he..

Darkis, kerahkan pasukan pengakap untuk meneroka terowong bagi mengenal pasti hujung-pangkalnya.... kalau perlu biar bermalam tiga bulan di dalam terowong, sekurang-kurangnya boleh masuk Malaysian Guiness Book of Record.... kan....

darkis said...

kunak press, maaf bang sy xdapat joint sabtu ni coz sy ada bengkel di LD...

Mutiarabah, boleh difikirkan...tp kalu 3 bulan tu...mau difikir2 kan lagi hehehe...

winter gurl said...

Tak sangka banyak juga tempat menarik di kunak selain air terjun di madai .

Yg tempat peninggalan jepun tu di mana ? dekat gua madai ?

air panas pula di mana?

Kunak Press said...

Hai winter gurl,
boleh baca story tu and you dpt tahu dimana tempat-tempat trsebut..
thank you for your comment, see you

Kay Stanford Jr Kastum said...

Cool! I saw a photo of a building that used to be the home of a staff in the dispensary. It was near the house that we stayed in Mostyn Estate..

bairikriss said...

kalau boleh cuba kaji terowong tu dengan lebih terperinci...secara tidak langsung mungkin ada brg2 peningalan sejarah dapat ditemui dan data2 yang berharga dapat dikongsikan bersama

rumputtt said...

waw..best la kunak..harap2x kmentrian tidak sia2x angrah yg trdapat di kunak..tq

rumputtt said...

brsyukur dpt anugrah smulajadi di kunak..jadi bg pihak yg berkenaan..jgn sia2x kan anugrah nie..peace..love kunak..

andybeckham said...

kunak press,,klo ada kembara lg,,,aku mau join,,ok

ARKIB BLOG

PRU 13 : SIAPA CALON BN DUN KUNAK? (SCOOP 19 SIRI)

BURAS

BURAS
Buras or Burasa, which is made from rice and cooked in coconut milk, is usually served with beef and chicken dishes. For the Bugis Muslim community in Sabah East Coast, especially in Tawau, Kunak and Lahad Datu, Aidilfitri / Aidiladha celebration would not be complete without the Buras. Buras it is usually eaten with the 'ayam masak lengkuas'.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.
The underground tunnel (pictured) believed to be left behind by Japanese soldiers during World War II (WW2) has been identified as a potential tourist attraction in Kunak. Kunak Assemblyman, Datuk Nilwan Kabang explored the site with several officials on May 15 located at an oil palm estate owned by Sime Darby. The tunnel, which will also attract archeologists, is found to be unique in a sense. - click photo

EKSPLORASI KE LOKASI PRODUK PELANCONGAN BERPOTENSI - XPDC 2010 REPORT BY IBRAHIM TABIR