Gambar Fail PRU12 : Kelibat penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika menanti kedatangan pemimpin PKR Pusat berhampiran premis pejabat PKR Kunak pada 22 Julai 2007.
Dari kacamata Ibrahim Tabir
Kunakpress.blogspot.com
Siri 7
PRU 13 : Siapa calon BN Kunak?
Lawan sebenar Barisan Nasional di DUN Kunak ialah Parti Keadilan Rakyat (PKR). Itu gambaran awal yang boleh dilakarkan dalam ilustrasi minda pemerhati politik. Selain PKR, parti Bebas antara seteru Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang? Mungkin.. mungkin.. mungkin.. Jika pun ada, lawan tetap lawan.
Kerusi DUN Kunak adalah milik BN. Siapa saja calon yang dipilih mewakili BN pasti menang dalam PRU 13?. Bagaimanapun, harus diingat, gerakan awal parti lawan mengahadapi PRU 13 sudah bermula.
Ada dikalangan anggota pembangkang yang menyatakan, 'Kenapalah pejabat PKR (Parti Keadilan Rakyat) sudah tutup di Kunak. Mesti kalah punya Pakatan Rakyat di Kunak dalam PRU 13 nanti. Macam mana mau cari pengaruh kalau pejabat dan tempat mengadu tak ada?', ujarnya.
Pejabat Parti Keadilan Rakyat yang dibuka di pekan Kunak sekitar tahun 2007-08 yang lalu kini bagaikan 'Hilang semangat, tidak bersengat' - Kalau dulu semasa musim PRU 12, ramai penyokong parti itu menggunakan pejabat parti sebagai premis untuk perjumpaan, perbincangan, mesyuarat dan pelbagai lagi urusan parti dijalankan di premis tersebut.
Umpama 'pendekar hilang bisa, pahlawan terbilang hapus kuasa', akhirnya pejabat PKR Kunak yang sebelum ini dipenuhi dengan penyokong-penyokong parti sudah ditutup sebaik mereka menerima kekalahan dalam PRU 12.
Adakah pejabat PKR Kunak akan muncul semula umpama terbitnya fajar tatkala pilihanraya mula terasa? Ada berpendapat, jika PKR berkehendakkan sokongan padu dan berterusan daripada ahli/anggota dan pengundi amnya di sini, pejabat parti itu perlu diwujudkan lebih awal dari sekarang dan tidak perlu menunggu tibanya musim PRU 13.
Bagi Barisan Nasional (BN), tidak ada masalah untuk sesiapa bertandang ke pejabat Adun kerana dasar BN sejak dari awal lagi ialah menyediakan kemudahan dan interaksi dengan masyarakat menerusi pertemuan di premis pejabat atau tempat-tempat yang difikirkan sesuai sebagai platform berdialog.
Siapa saja calon yang dipilih dalam PRU 13 mewakili BN, premis yang disedia atau tersedia adalah milik semua ahli dan anggota BN? Di situlah kita akan melihat reaksi , riak wajah dan para pelobi yang sebelum ini berminat untuk mewakili rakyat sebagai Adun dan pemimpin masyarakat seluruhnya?...
: Bersambung siri ke-8
6 ulasan:
Salam KP, siapa cakap pejabat PKR telah di tutup? dari dulu hinggah sekarang tak pernah di tutup, cuma berpindah di rumah ketua PKR Kunak di Kg Getah, cuba pandang2 dan jenguk2 di sana. T.Q Bro
Salam saudara SRK,
Bagi pendapat saya, lebih afdal jika Pejabat Perhubungan PKR Kunak dibuka di kawasan pekan kerana kalau 'Rumah' yg dijadikan pejabat, kurang elok pula dipandang..
Tidak ada siapa boleh menghalang mana-mana parti utk membuka premis dan pejabat jika mereka mematuhi peraturan Pihak Berkuasa Tempatan dan undang-undang yg ada.
Kan namanya juga PKR itu parti berdaftar dan didaftarkan secara SAH..
Mungkin anda boleh kemukakan cadangan kpd pucuk pimpinan?
Memang betul tak ada yang menghalang buka Pejabat Di Pekan Kunak, tapi selepas PRU ke 12 hari itu, saya mencari Pejabat di setiap bangunan di Pekan Kunak,tetapi bila mana Taukea punya bangunan mengetahui nak buka Pejabat Parti Keadilan terus sahaja kata tak ada kosong.
Tapi yang kita ketahui, Pejabat hanya lah lambang se se buah Parti, sebab pada masa sekarang, pengundi dah pandai menelai yang mana Pemimpin boleh membangun kan Daerah Kunak dan membantu menaikan ekonomi Penduduk Kunak ke tahap yang lebih maju, kalau dulu Pengundi tak ada sekolah, sekarang dah ada sekolah.
BURUNG MURAI - MADAI
PRU 13 BN kurang undi banding PRU 12.
Caya atau tidak, tengoklah nanti
itu Opis Pakatan Rakyat PKR mau buka dari sekarang kawan. Itu sapa mau jadi calon pung PKR mau kerja dri sekarang. Apa mau tunggu-tunggu dekat pilihanraya.
SEMUT MERAH,
Binuang.
Post a Comment