
Siri 6
PRU 13 : Siapa calon BN Kunak?
Saya melihat beberapa tempelan, komen/ulasan dalam sebuah blog sejak kebelakangan ini yang dihujani dengan pelbagai pendapat daripada kalangan pembaca berkaitan satu tajuk yang menarik dan mendapat reaksi spontan pembaca (klik disini).
Penyenaraian nama individu dari angka 1 hingga 18 yang kononnya satu diantara mereka kemungkinan/kebarangkalian terpilih sebagai calon BN dalam PRU 13 akan datang?
Begitu hebatnya kawasan DUN Kunak ini walaupun lingkungan tadbir-urusnya adalah kecil berbanding beberapa kawasan DUN yang lain di Sabah, ramai juga individu yang menguji nasib hendak menjadi pemimpin masa depan di situ? Syabas dan tahniah!..
Hakikatnya, tiada sesiapa yang boleh menghalang seseorang untuk terlibat dalam dunia politik.
Saya cuba merungkai sedikit gambaran yang dihantar oleh beberapa pembaca ke blog tersebut itu sejak 28 February lepas, dan mendapati pelbagai reaksi berbeza oleh golongan pembaca yang melayari blog berkenaan.
Daripada 18 orang yang disenarai oleh penulis blog itu, saya membuat rumusan dan cuba mengenalpasti nama-nama tersebut. Alangkah baiknya dan sempurna jika saya dapat bertemu dan berbual dengan tujuh orang daripada 18 individu yang disenaraikan tadi kerana tujuh daripada mereka itu saya yakin boleh membawa Kunak terus ke hadapan untuk bersaing dengan daerah-daerah lain jika mereka diberi peluang menjadi wakil rakyat?. Apapun telahan yang ada, sebelum menaiki takhta sebagai Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri), seseorang calon yang dipilih akan diuji menerusi proses pilihanraya.
Seorang wakil rakyat atau pemimpin tanpa kehadiran wartawan/pemberita dalam kariernya adalah rugi? Dan seorang wartawan tanpa pernah menemubual seorang wakil rakyat atau pemimpin bukanlah boleh dianggap sebagai kerjaya dalam kewartawanan yang dia miliki. Kerana itu, siapalah wakil rakyat tanpa wartawan dan siapalah wartawan tanpa adanya wakil rakyat? Sama-sama saling memerlukan kerana mereka adalah penyampai kepada rakyat.
Angka tujuh biasanya menggambarkan nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung. Perlu diingat di sini bahawa, semua rahsia dalam nombor bukanlah suatu perkiraan dan fakta yang tepat. Sebaliknya, ia hanyalah ramalan melalui pengalaman dan hasil kajian bijak pandai dahulu kala. Hakikatnya, semua perkara yang berlaku adalah dalam ilmu dan perancangan Allah SWT yang Maha Berkuasa. Hanya Allah sajalah yang Maha mengetahui segala rahsia dan hikmat yang ada pada sesuatu benda/perkara.
Tujuh nama berikut adalah antara mereka yang tertera dalam senarai bakal-bakal calon PRU 13? (menurut satu tinjauan di blog itu). Ia mungkin suatu suratan atau kebetulan..?
. Datuk Nilwan Kabang
. Hj.Yusof Apdal
. Abdul Rahim Wahab
. Eyuki Ugi
. Arifin Chai
. Zahari Lorong
. Hussien Ibnu Hassan
Seven-Upper This? (SUT) hanya sekadar tajuk yang saya fikir sesuai bagi huraian dalam Siri ke- 6 ini.
Apabila seseorang sudah menang dalam pilihanraya dan menjadi wakil rakyat, SUT adalah pakaian yang sesuai digunakan untuk menghadiri sidang DUN . Pemakaian SUT atau KOT adalah pakaian rasmi bagi seorang wakil rakyat yang dipilih untuk hadir dalam sidang Dewan Undangan Negeri.
: Bersambung dalam Siri ke-7
5 ulasan:
sy setuju klu org tempatan Kunak jdi calon PRU 13 di Dun Kunak ni.
PENGANGGUR TERHORMAT UNIVERSITI.
Kunak Boy.
Dalam senarai tujuh nama di atas, yg atas sekali sudah bergelar YB.
yang lain tu blum lagi.
Post a Comment