Siri ke-13
PRU 13 : Siapa Calon BN Kunak?
Biasanya, untuk mencapai kejayaan yang cemerlang seseorang akan berusaha dengan bersungguh-sungguh dan menyediakan satu pelan pencapaian yang telah diperolehnya pada masa lalu untuk dianalisis semula sebelum meneruskan matlamat ke arah kegemilangan yang berkesinambungan. Begitu juga dalam bidang pekerjaan apa sekalipun, kaedah tadi dilihat mampu membina kekuatan kepada individu untuk terus berusaha bagi mencapai misi yang diharapkan.
Baru-baru ini, saya bertemu dengan seorang ahli politik veteran sambil berbual di sebuah restoran. Perbualan kami berkisar tentang politik. Pada mulanya, saya menyangka beliau hendak memperkata mengenai hal @ topik lain. Selepas memesan minuman di situ, beliau kemudian bertanya :
"Siapa itu ada senaraikan nama calon dalam blog?"
"Maksud kita?", soal-ku semula.
"Ada bah orang cakap senarai nama-nama calon sebuah parti" , ujar beliau.
"Oooh yang itu.. saya pun ada juga baca", sapa-ku menjawab pertanyaannya.
Saya kemudian bertanya semula kepada beliau.
"Nama kita ada?", soal-ku
"(Tersenyum) Macam ada saya tengok. Tapi bagus juga itu penulis blog simpan nama saya", beliau menjawab selamba.
Kami kemudian meneruskan sesi minum pagi.
Saya seronok juga berbual dengan ahli politik veteran ini. Dalam hemat saya, beliau mudah di dekati, ramah dengan wartawan (Tidak seperti dengan segelintir ahli politik lain yang bila lihat wartawan masuk ke restoran tiba-tiba cabut lari - mungkin tak mahu berbual atau takut perbualan didengari oleh wartawan).
Bukan juga wartawan nak saja-saja tulis berita tanpa usul periksa. Kenapa pula nak cabut lari. Mungkin ada hal lain kot atau memang perangai macam itu? Aahh!.. biarlah mereka itu dengan cara mereka..
(Diteruskan cerita tadi)
Saya cuba meneruskan pertanyaan kepada beliau.
"Kita minat untuk lobi lagi ke PRU 13?", soal-ku.
"(Tersenyum) Ada laa.. iya bah, mana tahu rezeki dicalonkan", jawabnya.
Walaupun dalam Kamus perkataan : kita membawa erti lebih seorang dan kau adalah menunjukkan satu individu, tetapi saya gemar gunakan perkataan kita ketika berbual dengan seseorang sebagai menggambarkan kesantunan berbahasa. Jika digunakan perkataan kau terlalu kasar pula bunyinya. Iya kan...
Saya banyak mengikuti perkembangan semasa orang yang dimaksudkan dalam perbualan di atas. Meskipun beliau tidak lagi dilihat aktif dalam berpolitik. Beliau banyak belajar dalam membina kekuatan diri untuk mendekati masyarakat pelbagai kaum di Kunak yang terdiri daripada Melayu (Bajau, Bugis, Suluk, Tidung, dll), Cina, Kadazan dan India.
Dia seorang yang dikenali ramai oleh masyarakat Kunak. Seorang yang berhati-hati dalam tindakan yang dilakukan. Beliau juga seorang yang berani menyuarakan isu secara perbincangan dan saya lihat beliau jenis tidak suka budaya "Lontar batu sembunyi tangan".
Satu yang menarik perhatian saya, beliau sentiasa mengamalkan Backtrack atau menjejak kembali peristiwa dan kenangan dalam kerjaya politiknya untuk dianalytic bagi mencari kaedah berkesan memperkasa jatidiri dan kekuatan pengaruh dalam masyarakat kerana bagi beliau komuniti adalah segalanya. Tanpa masyarakat siapalah pemimpin dan tanpa pemimpin yang bijak, masyarakat tentu sentiasa mengeluh dan kesah.
Dalam erti kata lain, jika seorang individu ingin menjadi pemimpin pada masa hadapan, buangkan sikap Lontar batu sembunyi tangan kerana perbuatan itu boleh diumpamakan pengecut dan bukannya pejuang sejati yang diharapkan dalam parti.
"Saya harap kita berjaya (menjadi seorang pemimpin yang berjaya suatu hari nanti)", saya memberi semangat kepada beliau sebelum kami beredar dari restoran itu.
"Terima kasih, jumpa lagi", ujarnya.
: Bersambung siri ke-14
Untuk pengetahuan pengunjung @ pelawat Blog Kunak Press, Scoop artikel 'PRU 13 : Siapa Calon BN Kunak? mengandungi 19 siri kesemuanya. Anda boleh mengikuti pembacaan dari Siri satu hingga ke siri terbaru ini dalam paparan-paparan yang pernah diterbitkan. Selamat Membaca.
3 ulasan:
Tahnia KP, kerana dapat mengimbas kembali perjalanan PRU ke 12 dengan jaya nya, semuga kenangan manis kita jadikan Tauladan dan kenangan Pahit kita jadikan sempadan, semuga sama sama lah kita hayati kenangan PRU ke 12 yang banyak menjadi pengajaran kepada Parti PKR, semuga segala kesilapan dapat di perbetulkan oleh bakal Calon PKR dalam PRU ke 13 nanti, sama sama lah kita nantikan Bakal Calon PKR dalam PRU ke 13, lepas Mesyuarat Agung PKR P-188 Silam nanti.
Post a Comment