Siri ke-5
Pelobi tetap rakan selepas penamaan calon?..
Pelobi tetap rakan selepas penamaan calon?..
Biasa kita mendengar, wujud banyak kelompok-kelompok tertentu dalam Umno yang pernah melobi untuk diketengah sebagai calon BN di kawasan DUN Kunak dalam pilihanraya-pilihanraya lepas kembali bersatu bersama rakan mereka selepas sahaja hari penamaan calon diumum .
Tujuan mereka adalah satu, Menang dalam pilihanraya. Walaupun sebelum ini mereka dilihat tidak serasi atau jarang bertemu, tetapi sebaik hari penamaan calon diadakan, anggota/ahli Umno di Kunak akan menggerakkan jentera menggempur parti lawan yang bertanding termasuk calon Bebas jika ada?
Memangpun bijak langkah dan keputusan seperti itu kerana, apalah gunanya berasa cemburu, irihati, dendam atau kecewa apabila tidak dipilih sebagai calon dalam pilihanraya. Jika diturut kata hati, boleh merana parti dan diri sendiri, jika diikut rasa amarah, tentu jiwa tidak terarah kepada kebaikan. Yang rugi parti dan diri sendiri.
Oleh itu, lebih baik ambil keputusan ketepikan soal siapa calon dan sama sepakat membina kekuatan menegakkan panji-panji perpaduan dalam parti.
Dalam menangkis rasa cemburu dan kecewa jika tidak dipilih sebagai calon oleh pucuk pimpinan, barisan pelobi tadi mungkin menjadi ketua penggerak jentera parti dan mengharapkan calon mereka tidak melupakan jasa-jasa dan tenaga barisan jentera parti yang telah berusaha sebelum ini meyakinkan rakyat untuk meraih undi semasa proses pilihanraya.
Di sinilah, kebijaksanaan calon akan teruji apabila individu itu berjaya menawan kerusi DUN dan seterusnya dijulang sebagai pemimpin yang mewakili rakyat @ wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri.
Sama ada individu yang telah menang dalam pilihanraya itu dapat memuaskan kehendak rakan-rakan yang pernah 'menentangnya' sebelum ini kerana turut melobi dalam parti yang sama, ukuran bagi menterjemah kekuatan dan kekalan jawatan itu mungkin boleh dinilai dari tahun ke tahun dalam tempoh pentadbiran seorang wakil rakyat selama lima tahun (1 penggal) , prestasi meningkat atau menurun serta tahap kerjasama dari rakan dalam parti sama yang pernah menentangnya sebelum ini kerana ramai sungguh yang berusaha memanjat takhta untuk bergelar wakil rakyat.
Yang jelasnya, rakyat diluar sana menaruh harapan pembelaan dan jasa baik wakil rakyat mereka untuk berbakti, berkorban dan menjenguk rakyat tanpa memberi alasan yang tidak munasabah.
: Bersambung dalam siri ke-6
1 ulasan:
Post a Comment