Friday, March 05, 2010

PRU 13 : Siapa calon BN Kunak?

Jentera parti Barisan Nasional (BN) di kawasan mengundi Mostyn di DUN Kunak pada PRU 12

Banner : Antara kain rentang yang dipasang pada PRU 12 di kawasan DUN Kunak oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Gambar Fail : Bekas Ahli Parlimen (MP) Permatang Pauh, Datuk seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail ketika melakukan lawatan ke Kunak pada 22 Julai 2007.

Siri ke-2
PRU 13 : Siapa calon BN Kunak?
Dari kacamata Ibrahim Tabir
Kunakpress.blogspot.com

Pelbagai strategi digunakan oleh dua parti bertanding di kawasan DUN Kunak semasa Pilihanraya Umum ke-12 tahun 2008. Jentera-jentera parti bertungkus-lumus memastikan calon yang dipilih mewakili parti masing-masing bergerak dengan dibekalkan panduan dan strategi berkesan untuk menawan hati rakyat khususnya pengundi.

Siang dan malam mereka menjelajah di pelusuk kampung dan desa berkempen meraih undi selepas sahaja hari penamaan calon pada 24 Februari 2008 di Dewan Tun Mustapha, Lahad Datu. Bagi peraih-peraih undi di kawasan DUN Kunak, pemasangan poster, bendera , kain rentang (banner) dan risalah diedar sebanyak mungkin.
Tahun 2008 juga menunjukkan bilangan poster yang dipacak di pinggir-pinggir jalanraya bagi dua parti yang bertanding di DUN Kunak tidaklah sehebat jumlah poster semasa pilihanraya ke-11 pada 2004.
Ini mungkin disebabkan pertandingan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika PRU 12 seterunya dijangka lebih awal kemenangan memihak kepada Barisan Nasional kerana calonnya ketika itu, Nilwan Kabang dikenali ramai oleh penduduk Kunak khususnya pengundi di situ. Saingan yang dihadapi BN ketika itu hanya calon PKR, Hj.Bedu Kudusa.
Berbanding pada PRU 11, DUN Kunak menyaksikan perlawanan empat penjuru iaitu BN yang diwakili oleh Datuk Jasa Rauddah, BEBAS oleh Arif Datuk Salim, SETIA oleh Sahing Taking dan Keadilan oleh Citra Masadi. Semasa PRU 11 , kira-kira enam tahun lalu, sentimen kedaerahan atau slogan yang dibawa amat jelas iaitu Kunak untuk Kunak tidak banyak memberi gegaran hebat bagi mengenepikan kemenangan BN walaupun ketika itu terdapat tiga calon terdiri daripada penduduk Kunak (Setia, Bebas dan Keadilan) cuba menewaskan BN di daerah yang terkenal dengan ekonomi berasaskan pertanian dan sumber laut itu.

Seperkara yang menarik perhatian ketika PRU 12 yang lalu, strategi PKR dilihat lebih kepada pengedaran risalah kempen yang bersangkutan dengan isu tanah, kemudahan asas (air, elektrik, jalanraya) dan serangan-serangan peribadi keatas calon. Bagaimanapun, tektik meraih undi yang digunapakai oleh PKR gagal meyakinkan pengundi DUN Kunak ketika itu yang masih mengharapkan pembangunan infrastruktur daripada kerajaan pemerintah yang sedia ada.

Dalam PRU 12 juga tercatit beberapa sejarah manis bagi BN di Kunak kerana dua calon yang menentang BN sebelum ini pada PRU 11, Sahing Taking (Setia) dan Arif Salim (Bebas) mengisytiharkan untuk bekerjasama dengan BN bagi mengekalkan kuasa Barisan Nasional di DUN Kunak. Tidak dapat disangkal bahawa peristiwa manis inilah yang telah membuka laluan mudah kepada BN di Kunak untuk memenangi Pilihanraya ke-12 ketika itu. Difahamkan juga, pemilihan Nilwan Kabang sebagai calon pada PRU 12 adalah tepat dan berkesan dengan kebijaksanaan pucuk pimpinan parti Umno untuk mencongak kekuatan BN di DUN Kunak yang sebelum itu berhadapan dengan pelbagai isu membabitkan wakil rakyatnya termasuklah sentimen kedaerahan yang bertiup kencang ketika itu. Meskipun Datuk Jasa tidak dipilih semula mewakili BN dalam PRU 12, namun kelibat Jasa semasa siri kempen Pilihanraya ke-12 tahun 2008 juga dilihat memberi kekuatan kepada BN dalam mengekalkan DUN Kunak sebagai kubu kuat Umno di pantai timur.

Dalam sejarah PRU 12 juga memperlihatkan terdapat peningkatan undi yang diperoleh calon PKR , Hj.Bedu Kudusa yang mendapat 968 undi berbanding 212 undi yang diperolehi Citra Masadi ketika PRU 11. Peningkatan undi PKR di DUN Kunak itu mungkin disebabkan beberapa faktor antaranya pembukaan Pejabat PKR kawasan Kunak pada 2007 bagi persiapan menghadapi PRU 12 yang diadakan Mac tahun 2008. Kunjungan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail , Presiden PKR (isteri Datuk seri Anwar Ibrahim) ke Kunak pada 22 Julai 2007 bersama beberapa pemimpin PKR Sabah antaranya, Datuk Jeffrey Kitingan dan Christina Liew disambut meriah oleh para penyokong PKR.

PKR tidak terlalu mengharapkan kemenangan di DUN Kunak semasa PRU 12, namun parti tersebut berkeyakinan dengan perlawanan dua penjuru , PKR boleh memberi persaingan sengit kepada BN di situ.
Pengumuman keputusan PRU 12 sudah dijangka memihak kepada BN di Kunak dan Sabah amnya, tetapi ramai dikalangan pengundi di sini tidak menyangka tsunami politik melanda beberapa negeri di Semenanjung yang akhirnya kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat
(PR) di sana.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kunak dijangka akan memilih calon tempatan di DUN Kunak pada Pilihanraya Umum 13 akan datang. Bagaimanapun, mungkin masih terlalu awal untuk mencari siapa calon yang difikirkan sesuai bagi menggempur Barisan Nasional (BN) nanti.
Di pihak BN pula, wujud beberapa kelompok dalam parti itu yang masing-masing cuba menguji nasib untuk mendapat perhatian daripada pucuk pimpinan sebagai tektik persediaan awal bagi mewakili BN sebagai calon PRU 13 .

Seperti yang dinyatakan oleh seorang blogger berkaitan senarai individu yang dikenalpasti adalah barisan kemungkinan/kebarangkalian ada diantara mereka yang dipilih sebagai bakal calon BN di DUN Kunak yang kini mempunyai jumlah pengundi mencecah 10,000 orang. Senarai nama individu itu didapati terdiri daripada mereka yang veteran dalam politik, anggota pemuda, dan terdapat juga pesara sektor awam. Apakah senarai yang dinyatakan itu oleh blogger tersebut salah satunya akan dipilih mewakili BN di DUN Kunak pada PRU 13?... Siapakah dikalangan mereka itu yang bernasib baik..? Jawapan itu hanya akan terjawab apabila tiba masanya kelak.
Jika diamati, senarai nama tersebut adalah mereka yang sering disebut-sebut di kedai kopi dan saya melihat ia berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh blogger berkenaan. Ada kemungkinan benarnya..?

Kemunculan media alternatif seperti laman blog, capaian Facebook, twitter dan seumpamanya di alam siber masa kini telah membuka ruang kepada umum untuk memberi pandangan, pendapat malah kritikan yang dilihat menguji kematangan pembaca untuk membuat rumusan..

: Bersambung pada Siri ke 3

4 ulasan:

Anonymous said...

analisis yg menarik. tak sabar I nak tunggu post terbaru.

Anonymous said...

betul ke tu apa yg dicatit oleh Suara rakyat Kunak dalam blognya yg senarai org-org melobi utk calon BN/?

tapi sy jugak ada dangar bah org cakap2 di kadai kopi pasal nama-nama calon tu.
Diurang ni kemaruk sangat lah mau jadi calon ngaakkk...
MR.DARWIS

hakimdanial123 said...

Syabas..kerana telah mengketengahkan bakal calun2 PRU 13,alangkah baiknya kalau beberapa org calun yg tersenarai kita jemput utk mengikuti Blog ini..

Kunak Press said...

Salam saudara 'hakimdanial123'
Sya menulis ruangan khas ini menerusi selepas membaca blog Suara Rakyat Kunak yg memaparkan beberapa nama individu yg dipercayai melobi untuk dipilih sebagai calon BN Kunak pada PRU 13.
Terima kasih.
Diharap para pembaca menghantar komen/ulasan dengan menggunakan bahasa yg santun sebagai medium utk kita bertukar-tukar pendapat dan pandangan membina.

ARKIB BLOG

PRU 13 : SIAPA CALON BN DUN KUNAK? (SCOOP 19 SIRI)

BURAS

BURAS
Buras or Burasa, which is made from rice and cooked in coconut milk, is usually served with beef and chicken dishes. For the Bugis Muslim community in Sabah East Coast, especially in Tawau, Kunak and Lahad Datu, Aidilfitri / Aidiladha celebration would not be complete without the Buras. Buras it is usually eaten with the 'ayam masak lengkuas'.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.
The underground tunnel (pictured) believed to be left behind by Japanese soldiers during World War II (WW2) has been identified as a potential tourist attraction in Kunak. Kunak Assemblyman, Datuk Nilwan Kabang explored the site with several officials on May 15 located at an oil palm estate owned by Sime Darby. The tunnel, which will also attract archeologists, is found to be unique in a sense. - click photo

EKSPLORASI KE LOKASI PRODUK PELANCONGAN BERPOTENSI - XPDC 2010 REPORT BY IBRAHIM TABIR