Gambar Fail sekitar PRU 12 : 'Semangat BN' - Mantan Adun Kunak, Datuk Jasa @ Ismail Rauddah (kiri) bersama calon BN mewakili Parlimen Silam (Hj.Salleh Hj.Kalbi - tengah) dan calon DUN Kunak, Nilwan Kabang (kanan sekali) di Hari Penamaan Calon pada 24 Februari 2008.
Gambar Fail PRU 12 : Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Hj.Bedu Kudusa (kanan) mewakili DUN Kunak dan Calon PKR (Parlimen Silam), Dr.Hasbullah Mohd. Taha (kiri) semasa Hari Penamaan Calon di Dewan Tun Mustapha, Lahad Datu - 24 Februari 2008.
Siri ke-11
Dari kacamata Ibrahim Tabir
PRU 13 : Siapa calon BN Kunak?
Pilihanraya ke-12 tahun 2008 sudah berlalu meninggalkan banyak kenangan manis, dan pahit.
Ada yang suka, ada yang duka. Yang menang tentunya suka, dan yang tewas tentunya duka atau bersedih. Adat mana-mana pertandingan, ada yang kalah, ada yang menang. Begitu juga dengan sukan bola sepak.
Pilihanraya PRU 12 adalah sejarah manis bagi BN di kawasan Parlimen Silam, semua kerusi DUN termasuk Kunak, Tungku dan Lahad Datu dimenangi oleh BN. Itulah semangat BN jelas tergambar apabila bekas atau mantan Adun bersama calon dari parti yang sama berarak ke Dewan Tun Mustapha, Lahad Datu ketika Hari Penamaan Calon 24 Februari 2008 yang lalu. Ketika hari penamaan calon, ketepikan soal siapa yang telah dipilih mewakili parti untuk bertanding. Lebih penting lagi, semangat setiakawan perlu ditegakkan untuk melihat parti memenangi pilihanraya.
Bersama rakan wartawan dari akhbar tempatan, kami membuat liputan pada Hari penamaan calon ketika itu. Tahun 2008, pengaruh media alternatif terutama internet di Sabah belum ketara sangat. Kebanyakan masyarakat memperoleh berita pilihanraya menerusi surat khabar (akhbar) dan media elektronik (televisyen).
Berbeza pula ketika ini, zaman sudah berubah. Masyarakat terdedah dengan internet yang mana di situ terangkum pelbagai maklumat yang boleh diakses dengan mudah. Masyarakat juga dilihat lebih suka membaca blog, melayari facebook, twitter, dan seumpamanya. Inilah cabaran mana-mana parti yang bertanding dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) akan datang.
Kemunculan blog dan laman sesawang bak cendawan tumbuh selepas hujan.
PRU 13 dijangka memberi perbezaan ketara suasana pilihanraya berbanding PRU 12. Sekarang ini, muncul blog yang mewakili parti-parti tertentu termasuk BN, PKR, DAP, SAPP, PAS, dan blog-blog peribadi milik pemimpin politik, politikus, dan orang perseorangan yang membincangkan pelbagai tajuk, topik semasa dan bermacam lagi informasi yang disampaikan kepada umum.
Dalam perkembangan yang sama, kumpulan atau golongan 'pengundi atas pagar' dilihat punyai fungsi penting dalam menentukan siapa calon atau parti mana yang mereka pangkah ketika pilihanraya ke-13. Bermula sekarang, golongan mereka ini wajar didekati bukan disisih atau dipinggirkan. Tinjauan secara rawak menunjukkan, ramai dikalangan pengundi atas pagar lebih suka mendapatkan maklumat daripada internet berbanding radio dan televisyen. Golongan itu termasuk juga belia dan warga tua. Mungkin terkejut atau ada dikalangan kita tertawa apabila saya mengatakan warga tua juga memperoleh sumber maklumat daripada internet. Harus diingat, anak-anak muda atau remaja sehingga peringkat umur dewasa sudah terdedah dengan maklumat di alam siber dan golongan inilah seterusnya menyampaikan maklumat yang diperoleh menerusi internet kepada warga tua yang tidak biasa atau belum mengetahui kaedah penggunaan internet.
"Anak, ada apa lagi kau dapat dari internet hari ini?.. Ada cerita bagus kah?", soal seorang warga tua kepada anak saudaranya.
"Ada juga pakcik, cerita pasal kes tanah yang diambil oleh tauke besar itu lebih 10 tahun lalu", jawab si anak muda . (itu adalah sebahagian sketsa yang berlaku di era modenisasi yang serba terbuka luas merentasi sempadan akibat pengaruh internet masa kini).
Mahu tidak mahu, kita sebagai masyarakat terpaksa melalui dan menempuh cabaran ini.
Berbalik kepada topik perbincangan tadi, 'Pengundi Atas Pagar' boleh mempengaruhi jumlah perolehan undi yang dicapai oleh mana-mana parti bertanding. Kumpulan mereka ini mungkin ada sebahagiannya yang tidak berparti atau bukan ahli mana-mana parti bertanding. Namun, mereka datang mengundi pada hari pengundian untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia yang sudah berdaftar sebagai pengundi yang sah..!
Dari peringkat awal, sebelum musim PRU 13 lebih dekat, kumpulan pengundi atas pagar tentunya sudah bijak menilai dan memahami situasi semasa berkaitan apa jua peristiwa yang berlaku di sekeliling terutama di kawasan mereka. Kajian mendapati, kumpulan ini bukannya golongan yang mudah termakan janji, bukan juga mudah terpedaya dengan propaganda daripada parti-parti tertentu. Dalam erti kata lain, golongan pengundi atas pagar bijak menilai untuk membuat keputusan sementelahan mereka mengimbangi, dan menganalisis segala maklumat yang diperolehi menerusi pelbagai sumber yang ada termasuk dari kaca televisyen, laman blog, radio dan akhbar.
Golongan 'pengundi atas pagar' juga difahamkan sentiasa mengintai dari tirai skrin komputer, skrin televisyen dan menjadi pendengar di corong radio serta pembaca akhbar yang analytic untuk memahami seterusnya mempercayai atau tidak maklumat yang disampaikan menerusi medium-medium tadi..
Apabila tiba musim PRU 13 dan pengumuman siapa calon parti yang dipilih, di dalam minda kumpulan 'pengundi atas pagar' , tentu sudah ada jawapan sama ada untuk mengundi individu itu atau sebaliknya atau mereka akan bersikap berkecuali. Di situlah akan terhasilnya apa yang dikatakan sebagai undi yang boleh dikira dan undi yang rosak apabila hari penjumlahan undi dilakukan pada PRU 13 akan datang..
Siapa calon BN Kunak PRU 13?, Siapa pula calon PKR PRU 13 di kawasan itu?, Adakah muncul calon Bebas kali ini dalam PRU 13 di Kunak..?
Golongan 'pengundi atas pagar' ada hak untuk menentukan pemimpin mereka menerusi pemilihan dalam sistem demokrasi yang dipanggil PILIHANRAYA...
: Bersambung dalam siri ke-12
5 ulasan:
klu Adun tk peduli masalah rakyt dperingkt cawangan, apa lagi dikalangn pengundi ats pagar, lagi lah dia tk peduli.
sedangkn ahli Umno di akr umbi tk puas hati, apa lagi yg tidk ada prti. lgi tk suka sama pemimpin
Ular menyusur akar,
kg. Jaya Baru
kalau ditengok pilihanraya dulu-dulu, BN slalu pilih wakil calon Kunak yg tidak seberapa pendidikannya , ada yang setakt Lulus tingkatan 3 atau SPM. Itu pringkat DUN.
COBRA,
S.Madai
Post a Comment