Siri 9
PRU 13 : Siapa calon BN Kunak?
Dari kacamata, Ibrahim Tabir
Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kunak di pantai timur Sabah kini mempunyai jumlah pengundi mencecah 10 ribu orang. Melihat jumlah itu, sukar untuk menyatakan kesemua atau seratus-peratus (Hundred per-cent) pengundi di situ keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia yang diberi hak untuk memilih pemimpin @ wakil rakyat semasa hari pengundian.
Rekod yang diperoleh menerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), peratus keluar mengundi bagi kawasan DUN Kunak dalam beberapa pilihanraya lepas hanya pada sekitar 60 peratus ke atas. Capaian 70 ke 80 peratus atau angka lebih tinggi dari itu mungkin hanya andaian yang boleh dibuat berdasarkan beberapa faktor.
Siasatan Kunak Press mendapati, peratus keluar mengundi di kawasan tersebut tidak mencapai tahap yang signifikan jika diteliti dari aspek kesedaran mengenai tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia kerana capaian 60 peratus sehingga 69 % walaupun melebihi daripada separuh jumlah pengundi berdaftar.
Beberapa faktor dikenalpasti menjadi punca pengundi Tidak turun menunaikan hak mereka antaranya : Disebabkan faktor kesibukan bekerja, cuaca ketika hari pengundian, lokasi/tempat tinggal pengundi jauh dari pusat pengundian, faktor pengangkutan, amaran/wujudnya provokasi dan halangan daripada pihak tertentu, sikap apati (tidak ambil peduli), faktor konsepsi terhadap calon yang bertanding, dan beberapa lagi punca tertentu..
Perlawanan satu lawan satu, seperti dalam PRU 12 yang lalu di DUN Kunak mungkin memberi satu gambaran awal bahawa mana-mana parti pembangkang sama ada PKR, Setia, Bersekutu atau parti lain yang sedia mencabar Barisan Nasional (BN) menerusi pertandingan 1 VS 1 sudah dijangka menempah Tiket Kekalahan ditangan BN kerana 1 VS 1 dijangka mampu memberi kemenangan berulang kepada Barisan Nasional pada PRU 13 di DUN Kunak andai tiada calon BEBAS bertanding?
Pemerhati melihat senario politik dan perjalanan pilihanraya DUN Kunak pada PRU 13 akan datang tanpa kehadiran calon BEBAS akan memberi kemenangan selesa kepada BN?. Tempelan ini bukan pula bermaksud saya mengalu-alukan calon BEBAS untuk bertanding di DUN Kunak, tetapi kajian awal mendapati individu yang bertanding atas tiket BEBAS di DUN Kunak adalah saingan hebat kepada calon BN andainya caturan itu benar berlaku dalam PRU 13 nanti.
Kendatipun begitu, individu yang berhajat untuk menempah tiket BEBAS adalah dikalangan mereka yang dikenali oleh pengundi di DUN Kunak dan mempunyai rekod bersih daripada perkara negatif seperti rasuah dan egoistik.
Apabila berbicara mengenai calon BEBAS, tergambar difikiran seseorang kononnya kawasan yang dimenangi oleh calon BEBAS itu boleh melompat ke parti pemerintah atau pembangkang kerana namanya pun BEBAS @ Independent. Sekalipun mudah mengatakan ungkapan 'Lompat parti', pemimpin parti tertentu juga pastinya menilai dengan bijak serta menaakul kejujuran seseorang individu itu untuk diterima dalam parti tertentu kerana sejarah politik negara sejak kebelakangan ini sudah diwarnai dengan insiden Lompat-melompat dikalangan beberapa wakil rakyat dari parti tertentu yang keluar dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil BEBAS di kerusi DUN atau Parlimen.
Bagi kerusi DUN Kunak, PRU 13 dilihat memberi harapan baru kepada individu yang bertanding sebagai calon BEBAS di kawasan tersebut andainya individu terbabit belum pernah menyertai mana-mana parti atau bertukar parti. Rakyat @ pengundi sudah sedar dan tidak mudah diperkotak-katikkan dengan janji dan imbalan apabila mengundi seseorang baik di parti BN, pembangkang atau calon BEBAS.
Sekiranya terdapat individu yang bertanding atas tiket BEBAS di DUN Kunak dalam PRU 13 akan datang dan merupakan muka baru yang belum pernah menyertai mana-mana parti politik, ia kemungkinan mampu 'menggegar' peti undi sekalipun terpaksa berhempas-pulas untuk meruntuhkan kubu kuat BN di DUN Kunak.
Individu yang pernah menyertai BEBAS atau parti pembangkang dan kemudian menyertai BN semula dilihat tidak lagi mendapat kepercayaan penuh daripada pengundi kerana mereka ini boleh diibarat tidak punya pendirian dan hanya mengambil kesempatan untuk tujuan kepentingan tertentu setiap kali pilihanraya? Label yang mereka conteng dalam karier politik sudah bercampur-baur menyebabkan keyakinan pengundi juga menyusut. Benarkah ramalan itu? Kebarangkalian ramalanku benar belaka?..
Oleh demikian, calon BN Kunak dalam PRU 13 bakal mencorak tirai pilihanraya DUN Kunak dalam lanskap yang lebih mencabar dan tanggungjawab yang akan digalas turut bertambah dalam mengharungi cabaran untuk membawa pembangunan kesinambungan ke arah misi menjadikan Kunak sebagai sebuah daerah maju dan berdaya saing. Itupun sekiranya BN masih diberi mandat untuk berkuasa dan mengasah lebih banyak pengalaman. Dalam masa sama perlu membuang daki-daki dan kotoran yang menjejaskan prestasi dan reputasi.
Oleh sebab itu, individu yang telah bergelar sebagai wakil rakyat perlu mendasari dan memastikan KPI (Key Performance Indeks @ Indeks Prestasi Utama) dan NKRA (National Key Result Areas - Bidang Keberhasilan Utama Nasional) sentiasa menjadi keutamaan mereka.
Ringkasnya, intaian siapa calon BN Kunak dalam PRU 13 akan datang telah memberi imuniti kepada individu tertentu untuk menempah tiket BEBAS dengan satu daya juang mempertahan demokrasi dan kebebasan untuk bertanding berpaksikan matlamat membela nasib rakyat yang masih terpinggir tanpa prejudis..!
: Bersambung dalam siri ke-10
6 ulasan:
sy tata mau undi calun bebas, kalau pining sy kasi undi semua, biar undi tata kila..
NAGA TELOR 7
calon bebas klu tanding boleh pengaruhi bilangan undi BN dan parti pmbangkang / Pangi boy 73
Apek mala hilang lu punya tolot tingat 7 biji o apek? mala ala olang mau jali calon bebas o kp, takut hilang diposit ooo kp, bagus saulala kp jali calon bebas kan Apek?
Kelomok
Calon bebas kalau tanding misti punya mau ada uwang manyak baru boleh jdi calon. Mau kasi pengundi lagi. mau cetak poster lagi, mau sponsor makan jentera lagi.
Manyak wo pakai uwang.
.GARUDA PANDANG KANAN
selamat siang Garuda, memanglah masa pilihanraya pakai wang. bukan pilihanraya namanya kalau X pakai wang
SEMUT MERAH
Calon Bebas sukar menang tapi boleh menang klu calonnya ngamm dan dikenalai orang Kunak.
Post a Comment