
Siri 14
PRU 13 : Siapa Calon BN Kunak?
Dari kacamata Ibrahim Tabir
Kunak mungkin sudah berubah wajah dari pekan kecil kepada bandar baru sekiranya rancangan Projek Pembangunan Hartanah bernilai RM 125 Juta terlaksana selepas satu perjanjian usahasama ditandatangani antara sebuah syarikat perladangan swasta bersama sebuah syarikat construction pada September 2005 yang lalu.
Projek pembangunan bercampur itu melibatkan keluasan kira-kira 45.2 hektar atau 112 ekar di atas kawasan ladang kelapa sawit fi Jalan Kunak-Tawau. Difahamkan, ketika itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kunak, Datuk Jasa Rauddah mengambil inisiatif untuk melihat program pembangunan di daerah Kunak boleh direalisasi menerusi penglibatan dan kerjasama syarikat atau pelabur swasta. Beliau antara pemimpin di daerah tersebut yang turut hadir ketika menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama berkaitan projek yang dirancang untuk daerah Kunak pada bulan September tahun 2005. Bagaimanapun, ia bergantung kepada kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk tujuan tersebut ketika itu.
Difahamkan, projek berkenaan yang jika dilaksanakan merangkumi beberapa fasa untuk tempoh lebih 10 tahun. Ia termasuk pembinaan rumah kedai dua tingkat, rumah kos sederhana rendah dua tingkat, rumah densiti tinggi (apartment) lima tingkat, rumah teres, kolej, stesen minyak, dewan serbaguna dan beberapa lagi kemudahan, antara lainnya.
Kawasan tersebut yang sekarang ini masih kelihatan hijau dengan tanaman kelapa sawit dan tidak ada petunjuk jelas bahawa projek tersebut akan dilaksana dalam tempoh terdekat atau jangka masa tertentu?.
Peralihan tampuk kepimpinan yang bertukar ganti mungkin memberi kesan secara langsung atau tidak langsung dalam corak atau pelan struktur pembangunan yang dirancang oleh wakil rakyat Kunak untuk faedah masyarakatnya di masa hadapan.
Pun begitu, daerah Kunak tidak boleh ketinggalan dalam mengejar erti pembangunan bagi mencapai wawasan 2020. Daerah ini perlu bersaing dengan daerah lain khususnya di pantai timur Sabah dan dalam masa sama peranan pemimpin adalah suatu keutamaan yang wajar diambil kira bagi merealisasikan halatuju pembangunan setempat.
Masyarakat sudah tentu mahu melihat pekan Kunak berubah wajah dari statusnya sebagai pekan Koboi yang mendapat jolokan sekitar tahun 1980 ke pekan maju dan seterusnya menjadi bandar membangun...
Siapa yang boleh meneruskan agenda pembangunan itu seperti yang dirancang sebelum ini?
PRU 13 sudah tentu memberi suatu enigma yang dinantikan oleh masyarakat khasnya penduduk Kunak untuk melihat daerah tersebut mengecap erti pembangunan sebenar dan tidak lagi ketinggalan di tempat tercorot selepas Tawau, Lahad Datu dan Semporna di pantai timur?.
Dengan menyusuri fakta sejarah bahawa Kunak mendapat nama dari sebuah Kapal dagang asing MV Kunak yang pernah berlabuh di perairan daerah tersebut, tidak mustahil daerah tanah kelahiran penulis ini akan menjadi sebuah daerah yang pesat membangun seperti gah-nya nama kapal dagang tersebut yang memilih Kunak sebagai destinasi persinggahan suatu ketika dulu.
: Bersambung dalam siri ke-15
7 ulasan:
Salam sejahtera kepada semua komentar dalam blog ini.
Pihak Admin tidak menggalakkan pembaca menghantar komen yang tidak berkaitan dengan tajuk yang dipaparkan atau komen yang bersifat pujian @ kritikan melampau.
Bila projek itu hendak dimulakn. setahu aku, bukan lagi Golden Hope punya itu klapa sawit, tetapi dah dibeli oleh syarikat lain?..
Mana suda..
TIKUS BASAH, Kuala Tingkayu.
Post a Comment