Wednesday, March 24, 2010

Musim Pilihanraya @ Pilihanraya Bermusim?


Gambar Fail PRU 12 : Pasukan Polis berkawal semasa Hari Penamaan Calon 24 Februari 2008 di Lahad Datu. Kelihatan para penyokong Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Siri 12
PRU 13 : Siapa Calon BN Kunak?

Musim Pilihanraya dan Pilihanraya Bermusim : Dapatkah anda membezakan maksudnya?.
Jika ditelaah, musim pilihanraya menggambarkan pilihanraya sudah hampir atau ketika itu aktiviti lobi, kempen dan seumpamanya dilihat rancak. Pada saat itu mungkin juga tempoh satu penggal selama lima tahun bagi seorang wakil rakyat berada pada penghujungnya.

Berbeza pula jika disebut 'Pilihanraya Bermusim'. Ia mungkin menggambarkan sesebuah atau mana-mana parti hanya mula menggerakkan jenteranya untuk memikat hati para pengundi hanya ketika dekat waktu pilihanraya. Kerana, tiga atau empat tahun sebelum pilihanraya dijalankan, aktiviti parti dilihat lengang atau tidak ketara. Rakyat/pengundi tidak diendah kerana mungkin beranggapan pilihanraya masih jauh lagi.

Kelibat pelobi yang bersungguh hendak dicalonkan mewakili parti tertentu biasanya 'aktif' semasa pilihanraya hampir tiba (setahun atau kurang dari jangkaan waktu itu pilihanraya akan diadakan). Bagaimanapun, adakah formula sedemikian boleh digunapakai untuk meyakinkan masyarakat bahawa individu berkenaan benar-benar menjiwai aspirasi rakyat? Atau ia hanya sekadar ingin menonjolkan diri untuk dikenali oleh rakyat/pengundi kerana pilihanraya sudah semakin hampir?
Tentunya, masing-masing ada jawapan.

Untuk mengetengahkan diri dengan mempunyai jiwa yang besar dalam misi ingin bergelar sebagai pemimpin atau wakil rakyat pada masa akan datang, seseorang individu tidak patut hanya menonjolkan diri di waktu pilihanraya semakin hampir. Ini kerana ramai beranggapan dan menyatakan tanggapan peribadi bahawa :
"Jika nak jadi calon baru tonjol diri waktu dekat pilihanraya, bagus saja lupakan hasrat itu kerana sudah terlewat untuk berbakti kepada masyarakat"..
Maksud berbakti di sini bukan pula diibaratkan sebagai memberi kewangan atau bertugas seperti wakil rakyat, tetapi bakti yang dimaksudkan ialah dapatkah individu yang ingin melobi tadi mengutarakan pencapaiannya dalam bidang-bidang tertentu yang memberi faedah kepada masyarakat sebelum itu? Pencapaian itu pula berkisar dari pelbagai capaian yang pernah disumbangkan sama ada bakti kepada golongan warga tua, belia, pelajar, dan berbagai kelompok dalam komunitinya.

Bertukar-tukar pendapat dan pandangan dalam medium bebas seperti media alternatif terutama blog dan facebook memang seronok. Kendatipun, adakah laman blog yang menjadi medan 'pertempuran' antara pesaing dan pelobi atau jentera-jentera pelobi itu diadakan secara sihat dan berkesan? Itu namanya Perang Siber.
Blog yang dikendalikan secara tidak sihat bukan sahaja dilihat seperti tidak beretika malah memberi kesan negatif kepada masyarakat dan orang tertentu yang mempunyai entiti dalam suara-suara yang dikemukakan menerusi komen atau ulasan para pembaca blog itu.

Blog mungkin kaedah mudah untuk digunakan berkempen semasa Musim Pilihanraya.
Tugas dan amanah wakil rakyat adalah tugas berat yang dipikul oleh setiap manusia bergelar pemimpin. Rakyat pula mudah mengeluh dan meluahkan ketidakpuasan mereka menerusi laman blog yang menyediakan ruangan komen kepada pembaca.
Kesilapan atau kelemahan sentiasa mengiringi kehidupan bagi seorang yang bergelar pemimpin. Bagaimanapun kesilapan itu boleh dikurangkan menerusi kaedah perbincangan, berdialog dan bersemuka dengan rakyat dengan menjadi seorang pendengar, penilai dan penyelesai masalah rakyat secara tuntas, teratur dan tertib sesuai dengan gelaran sebagai pemimpin kepada masyarakat. Dalam hal ini, kesilapan masa lalu yang telah dikesan dan diperbaiki wajar dijadikan panduan agar kesilapan masa hadapan tidak lagi berulang kerana ada yang beranggapan :
"Jika kesilapan sering berlaku dan dilakukan, itu bukan lagi diibaratkan sebagai kelemahan tetapi ditakrif sebagai perangai atau kelakuan kerana ia berulang-ulang".. Mungkin ada benarnya. Sama-samalah kita fikirkan.

Individu yang bernafsu ingin bergelar sebagai wakil rakyat dalam PRU 13 di kawasan DUN Kunak sudah tentu lebih bersedia dari awal lagi dan elak-lah daripada menjadikan medan politik sebagai tempat untuk menduduki takhta itu untuk kepentingan peribadi.
Salam perjuangan.

: Bersambung dalam siri ke-13

16 ulasan:

Anonymous said...

dekat pilihanraya ramai lobi. Blog SUARA RAKYAT KUNAK mula-mula kata ada 18.tapi bila dilihat senarai, ramai tak layak.

COBRA,
S.Madai

Anonymous said...

Parti Keadilan Kunak belum nampak ada prsiapan awal utk pilihanraya 13.
Mana aci kalau dekat election baru sibuk cari pengaruh.

Lipan Bara
Cenderawasih, Kunak.

Anonymous said...

selamat malam .
Dari mana pula muncul lipan bara ini?
Sy penyokong PKR Kunak, siapa kata Prti Keadilan tidak buat prsiapan dari sekarang. Kami tak mau tayang-tayang dan tunjuk2 sama BN bah..

COBRA
S.Madai

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Kunak Press said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Kunak Press said...
This comment has been removed by the author.
Kunak Press said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Kunak Press said...
This comment has been removed by the author.

ARKIB BLOG

PRU 13 : SIAPA CALON BN DUN KUNAK? (SCOOP 19 SIRI)

BURAS

BURAS
Buras or Burasa, which is made from rice and cooked in coconut milk, is usually served with beef and chicken dishes. For the Bugis Muslim community in Sabah East Coast, especially in Tawau, Kunak and Lahad Datu, Aidilfitri / Aidiladha celebration would not be complete without the Buras. Buras it is usually eaten with the 'ayam masak lengkuas'.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.
The underground tunnel (pictured) believed to be left behind by Japanese soldiers during World War II (WW2) has been identified as a potential tourist attraction in Kunak. Kunak Assemblyman, Datuk Nilwan Kabang explored the site with several officials on May 15 located at an oil palm estate owned by Sime Darby. The tunnel, which will also attract archeologists, is found to be unique in a sense. - click photo

EKSPLORASI KE LOKASI PRODUK PELANCONGAN BERPOTENSI - XPDC 2010 REPORT BY IBRAHIM TABIR