Monday, March 01, 2010

PRU 13 : Siapa calon BN Kunak?

Keratan akhbar Daily Express (Harian Ekspres) pada Mac 2008 sebelum Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu.

Siri 1
PRU 13 : Siapa calon BN Kunak?
Dari kacamata Ibrahim Tabir
Kunakpress.blogspot.com

Saya terpanggil untuk menyatakan sedikit pandangan berhubung artikel yang mungkin dianggap menarik dan memberi gambaran jelas berkaitan kriteria yang diambil kira dalam menentukan siapakah calon Barisan Nasional (BN) yang sesuai dipilih pada PRU 13 seperti disiarkan dalam blog Suara Rakyat Kunak
Dalam blog itu, penulis berkenaan turut menyatakan senarai nama-nama mereka yang disebut-sebut (kebarangkalian ada kemungkinan) melobi atau bahasa ringkasnya berminat untuk menjadi calon BN di kerusi DUN Kunak pada Pilihanraya ke-13 akan datang.
Beberapa kriteria telah dinyatakan oleh blogger tersebut yang difikirkan sesuai dan tepat untuk dijadikan mekanisme dalam menentukan siapakah mereka yang boleh diterima oleh rakyat khususnya pengundi di Kunak dalam pilihanraya ke 13 nanti.

Kemunculan media alternatif atau acapkali disebut sebagai blog di alam siber kini membolehkan masyarakat mudah untuk mengakses maklumat menerusi internet. Itulah sebenarnya internet, medium global yang merentas sempadan dan mudah diakses oleh sesiapa juga yang mahu memperoleh informasi menerusi kemudahan itu.
Ia juga disifatkan sebagai suatu medium bebas masa kini yang memungkinkan politikus-politikus menjadi lebih ke hadapan kerana peranan blog itu yang liberal telah dilihat mampu memberi desakan kepada mereka khasnya politikus supaya lebih jujur, beramanah, bertanggungjawab, adil dan positif dalam tindakan mereka.

Apabila sifat-sifat negatif dipamerkan oleh politikus, ada kemungkinan mereka di luar sana yang terlibat dalam dunia blogging atau facebook mudah sahaja menghantar maklumat kepada rakan atau sesiapa termasuk kepada kumpulan penilai waima termasuk pucuk pimpinan parti yang diwakili. Siri-siri ucapan awam yang diperdengarkan kepada umum juga terpaksa disaring- ditapis sebelum diluahkan kerana pepatah ada menyebut 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, palis-palis tersungkur'.. Nah siapa yang rugi? Tentu diri sendiri...

Berdasarkan tinjauan rambang daripada beberapa orang penganalisis politik di sini berpendapat, slogan Kunak untuk orang Kunak seperti mana yang dicanangkan oleh ramai penduduk di daerah itu semasa PRU 12 yang lalu bukan lagi aspek penting yang diletakkan di atas sebagai keutamaan dalam penilaian seseorang untuk dicalonkan pada PRU 13 akan datang. Bagaimanapun, harus diingat!, daerah Kunak bukannya ketandusan individu tempatan yang boleh diketengah sebagai calon BN bagi menggempur pasukan lawan dalam PRU 13 . Selain itu, banyak aspek diambil kira seperti kebolehan individu untuk bekerja demi kepentingan rakyat, berkeupayaan dari segi fizikal dan mental, mampu melakar dan menterjemah sesuatu program yang dijalankan menjadi realiti, menepati masa dan janji dimeterai seadanya, rajin bertemu rakyat atau turun padang meninjau seterusnya mencari penyelesaian yang dihadapi rakyat, dan yang lebih penting berupaya berlaku adil dalam membentuk carta organisasi bagi mengelak tidak ada pihak yang merasakan terpinggir sebagai satu pasukan dalam komponen.
Apabila aspek-aspek tersebut diketepikan, itulah yang sering menyebabkan wujud liang-liang kecil yang membolehkan kumpulan terpinggir tadi keluar dari kepompong kumpulan besar dan seterusnya liang kecil menjadi lebih lebar dan bertebaran yang akhirnya merugikan organisasi itu kerana wujud sikap mementingkan kuasa yang membatasi sempadan.
Siapa yang rugi? Bukan hanya seorang malah kemungkinan ramai yang merasainya disebabkan sikap ketamakan segelintir yang sukar disingkir kerana angkuh dan bermegah..

Menulusuri politik di DUN Kunak sejak tahun 2004 hingga sekarang , ia telah banyak memberi gambaran jelas kepada masyarakat dan pengundi bahawa undi mereka adalah rahmat dan sangat berguna jika diizinkan dan dizahirkan melalui peti undian pada PRU 13 akan mencorak sejauh mana daerah Kunak ini boleh maju setanding daerah-daerah lain di pantai timur Sabah khasnya.
Masyarakat tidak lagi mampu menelan janji kerana pencapaian untuk melihat Kunak menjadi sebuah daerah maju, dari pekan koboi ke pekan membangun dan berstatus bandar (mungkin) dapat direalisasi sekurang-kurangnya pada tahun 2015 atau sebelum 2020.

Persoalannya, siapakah antara individu yang dinyatakan oleh blogger Suara Rakyat Kunak, kebarangkalian atau kemungkinan individu yang dinamakan itu jika dicalonkan mewakili Barisan Nasional mampu menganjak langkah lebih ke hadapan dengan pantas untuk membawa daerah ini khususnya pekan Kunak menjadi sebuah bandar menjelang tahun 2015 dimana ketika itu negeri Sabah distatuskan sebagai sebuah negeri maju?
Rakyat tentu menunggu dan melihat. Tetapi mereka atau masyarakat di luar sana tidak lagi mudah untuk dipengaruhi dengan janji-janji dan ucapan menggunung yang tidak mendatangkan manfaat , sebaliknya rakyat akan menjulang dan memilih pemimpin yang dirasakan boleh memberi khidmat berkesan dan mapan terutama dalam membantu ekonomi penduduk di daerah tersebut.

Seketika menyemak beberapa fail lama dan keratan-keratan akhbar masa lalu semasa PRU 12, saya terpanggil untuk berkongsi sedikit maklumat dengan pembaca .
Tajuk berita yang disiarkan akhbar Daily Express (Harian Ekspres) pada Mac tahun 2008 yang lalu : 'Kesilapan pilih calon undang padah' telah menarik perhatian beberapa orang penganalisis politik tempatan dan golongan veteran untuk berkongsi informasi , bukan emosi dan illusi tetapi suatu cerita yang belum basi bagi persediaan PRU 13 akan datang...

Sisipan dalam laporan akhbar Daily Express pada Mac 2008 antara lain dipetik seperti berikut :
'Pada pilihan raya lepas (2004), beliau berkata calon bukan daerah ini tapi orang luar yang bertanding atas tiket Umno. Beliau berkata, mereka yang berharap untuk menjadi calon yang pernah melobi untuk bertanding pada pilihanraya lepas, akhirnya terpaksa bertanding sebagai calon Bebas kerana kepimpinan parti itu tidak memilihnya.

'Walaupun BN terus menang di Kunak, bilangan undi nampaknya semakin berkurangan'.,

"Walaupun Kunak tidak ketinggalan dari segi pembangunan, apa yang lebih penting ialah aspirasi, keperluan dan hak rakyat di daerah itu mesti diberi pertimbangan serius"

Rakyat tidak harus dipaksa menelan apa juga bentuk perlaksanaan pembangunan di daerah itu tanpa perlu terlebih dahulu memberi perhatian terhadap faktor sosio-ekonomi di kawasan itu.
BN, katanya adalah untuk semua bangsa dan bahawa pemimpin-pemimpin perlu sensitif terhadap masalah rakyat.

: Bersambung siri ke-2 akan datang..

2 ulasan:

Anonymous said...

Harapan supaya pucuk pimpinan parti memilih orang yang berjiwa rakyat untuk dicalonkan mewakili BN dlm Pilihan raya umum ke 13

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

ARKIB BLOG

PRU 13 : SIAPA CALON BN DUN KUNAK? (SCOOP 19 SIRI)

BURAS

BURAS
Buras or Burasa, which is made from rice and cooked in coconut milk, is usually served with beef and chicken dishes. For the Bugis Muslim community in Sabah East Coast, especially in Tawau, Kunak and Lahad Datu, Aidilfitri / Aidiladha celebration would not be complete without the Buras. Buras it is usually eaten with the 'ayam masak lengkuas'.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.
The underground tunnel (pictured) believed to be left behind by Japanese soldiers during World War II (WW2) has been identified as a potential tourist attraction in Kunak. Kunak Assemblyman, Datuk Nilwan Kabang explored the site with several officials on May 15 located at an oil palm estate owned by Sime Darby. The tunnel, which will also attract archeologists, is found to be unique in a sense. - click photo

EKSPLORASI KE LOKASI PRODUK PELANCONGAN BERPOTENSI - XPDC 2010 REPORT BY IBRAHIM TABIR