
Gambar sekadar ilustrasi
Siri 15
PRU 13 : Siapa calon BN Kunak?
Sebelum menjadi pemimpin, perlu 'ukur baju dibadan sendiri'.
Tanya diri, layakkah aku ini menjadi khalifah kepada masyarakatku?,
Dapatkah aku diterima jika dipilih menjadi calon?,
Bolehkah aku memimpin dengan apa yang ada padaku? Sesungguhnya masih banyak yang kurang pada diriku.. Tapi, bila aku dah dipilih jadi calon, aku mesti kerja kuat, aku mesti bantu rakyat, aku mesti semangat.. Semangat yang bagaimana?
Rakyat sudah melihat sendiri, pencapaian mana-mana individu sama ada wakil rakyat, atau orang perseorangan yang berminat sungguh nak jadi calon parti ini dan parti itu?
Seronok bangat cerita pasal siapa calon ni..
Rakan tadi menyapa, kalau pendapat kau, yang mana sesuai jadi calon PRU 13 nanti?, soalnya ketika kami bersarapan di sebuah restoran yang menghadap jalan utama Kunak-Tawau. Suasana di situ nyaman. Dapat lihat rimbunan dedaun pokok nun di atas bukit. Seketika, sepoi-sepoi angin yang bertiup menerawangkan minda.
Calon parti mana?, soalku semula.
Ini bah, yang ku baca dalam satu blog orang Kunak pasal calon BN ni.. ujarnya.
Oh! yang itu, saya tengok banyak juga nama di situ yang tersenarai (jawabku) sambil menjelaskan kepada rakan tadi : "Bagi saya yang penting individu itu dapat memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh badan-badan atau agensi penilai, sudah tentu ia sesuai jadi calon. Yang penting masyarakat kenal dengan dia, masyarakat boleh rapat dan mesra dengan dia. Bukan hanya semasa sebelum jadi calon dia mesra dan senang dijumpa, tapi yang penting lepas sahaja dia diumumkan sebagai calon yang menang pilihanraya, mukanya juga mestilah senang dilihat oleh rakyat. Maksudnya selalu turun padang. Bukan hanya turun padang tetapi perlu juga teliti, kaji dan laksana sebarang perkara yang perlu untuk atasi masalah rakyat", jawabku panjang lebar.
Rakan tadi tersenyum dan berkata lagi : "Ada juga jenis individu tertentu ini yang punya fikiran buntu, tak tahu apa yang nak dibuat mengikut keutamaan yang diperlukan oleh rakyat. Betul dia banyak jalankan program tapi tidak nampak hasil yang diharapkan. Itu yang bikin rakyat jadi keluh. Menyesal... Belakang cerita, banyak negatif daripada positif. Tambahan pula tu, bila ada isu keluar dalam media-massa sama ada dalam suratkhabar atau di internet, wartawan pula diherdik dan 'dimarahnya'. Susahlah jadi pemimpin macam ni", getus rakan tadi yang juga sudah lama 'masak' dengan karenah politikus-politikus lampau.
Saya kemudian menyapa : "Soal macam tu, perlu diberi pertimbangan oleh individu terbabit. Tak perlulah salahkan orang lain jika ada rakyat atau pihak tertentu tidak puas hati dengan kita. Mungkin mereka itu 'marah' sama kita sebab mereka sayang sama kita. Bagi saya, kalau orang sudah tidak marah atau membiarkan kita buat tak tentu pasal, itu maksudnya orang tadi lebih benci sama kita sebab dia tidak mahu menegur atau meluahkan perasaannya sama kita".
"Iya.., betul juga kan..", jawab rakan sambil meneguk alicafe yang sudah suam-suam panas di atas meja.
"Kamu pula sebagai petugas media, perlu juga bantu sesiapa sahaja yang mahukan pendapat atau cadangan yang membina dari kamu", soalnya semula.
Tiba-tiba telefon bimbitku berdering... (Maaf ya, sebentar ada panggilan - perbualan kami berdua terhenti seketika)
Saya memicit punat telefon kemudian mendengar jawapan si pemanggil
"Hello, boleh cakap dengan pemberita ka?, (tanya si pemanggil tadi)
Boleh saya tahu siapa yang memanggil ni..?", soalku kerana nombor yang terpapar pada skrin telefon bimbit tidak ada dalam simpanan.
"Saya bah.. si**********"
"Ooo ya, encik boleh hubungi saya semula", pintaku kepada si pemanggil
"OK..", jawabnya.
Diteruskan cerita dalam restoran tadi.
"Sebut pasal bantu ni, luas pengertiannya. Tidak salah untuk saya bantu individu itu mengemukakan cadangan, pendapat atau hal-hal berkaitan yang diperlukan. Tapi kenalah dengan cara atau kaedahnya", jelasku kepada si rakan.
"Cara atau kaedah yang bagaimana?", soalnya balik.
"Iyalah.. apabila kita bantu seseorang dengan niat yang ikhlas dan jujur. Kita tidak mengharapkan apa-apa balasan daripadanya. Tetapi, kalau semasa dulu setelah individu yang diberi bantuan tadi telah berada di tempat yang istimewa sekarang ini, ada ketikanya orang yang dibantu tadi sudah lupa dengan jasa dan pengorbanan kita. Nak jenguk, panggil atau hubungi telefon kita pun sudah jarang.. Bagus itu perkataan 'jarang' kalau langsung tidak pernah dihubunginya.. Nah, memang dilupakan sudah..", jelasku.
"Inilah kawan, cerita pasal politik ni, kita tidak tahu, yang mana pemimpin benar-benar ikhlas dan boleh dijadikan rakan seperjuangan ?. Bila sudah dibantu dan diangkat jadi pemimpin, dilupanya pula rakyat yang berhempas-pulas selama ini mengangkatnya menjadi pemimpin parti.." kata si rakan.
Rakan tadi menjelaskan lagi, untuk mencapai kesepakatan dalam apa jua perjuangan termasuk dalam perjuangan politik, kita harus bersatu , membantu antara satu dengan yang lain. Memberi petunjuk, cadangan kepada mereka yang masih lagi buntu untuk berfikir tentang kemajuan yang mendasari kepentingan komuniti global kerana dunia kini penuh dengan cabaran lebih-lebih lagi zaman teknologi maklumat masa kini mencabar kita untuk lebih bersikap jujur, bermuhasabah diri, menangkis tohmahan dan mencari permuafakatan yang lebih terserlah dengan satu tujuan, satu matlamat memajukan diri, keluarga, dan yang lebih penting mengutamakan kepentingan masyarakat sekeliling.
*Dalam membangun kepercayaan diri, ungkapan ini mungkin boleh dijadikan renungan.
"Kalau mereka boleh berjaya, saya pun boleh berjaya" , inilah kata-kata yang sering dilafazkan oleh orang yang cemerlang dalam hidupnya. Apabila menghadapi masalah atau jalan buntu, mereka tidak mudah berputus asa kerana berkeyakinan bahawa kalau orang lain boleh buat sesuatu atau berjaya, mengapa mereka tidak boleh.
Samalah juga, jika orang lain boleh jadi calon PRU yang lalu, kenapa mereka yang melobi tidak boleh. Rujukan mereka ialah orang yang cemerlang yang telah membuktikan kehebatan diri mendorong untuk mana-mana individu ke arah itu.
Tetapi bagi orang yang lemah pula ada tiga kemungkinan :
Pertama, mereka tidak ada rujukan dengan mana-mana orang yang cemerlang.
Keduanya, kalau ada pun rujukan dengan orang yang cemerlang, mereka merasakan mereka tidak mampu atau layak untuk berjaya seperti itu.
Atau Ketiganya, rujukan mereka ialah dengan rakan yang lemah!
Sama-sama kita fikirkan..
: Bersambung siri ke-16
4 ulasan:
Kunak Press hanya mengalu-alukan ulasan yang berkaitan dengan tajuk.
Salam Sejahtera kepada saudara 'Kelomok'. Ulasan pertama anda dipadamkan daripada 'Entry Commnet' ini kerana difikirkan tidak sesuai dan tidak berkaitan dengan tajuk yang dipaparkan. Jika anda ingin memberi ulasan, sila tinggalkan ulasan anda yang berkaitan sahaja.
Terima kasih.
kalau Yb banyak bantu rakyat, rakyat senang hati, tpi klu tak banyak bantu rkyat, rakyt pun kurang sokong.
SEMUT MERAH,
Tawau
Post a Comment