Monday, July 06, 2009

Blogger di Kunakpress


Blog adalah medium yang mudah, pantas dan cepat.
Kunakpress mula terlibat dalam dunia blogging pada May 2009 , namun hakikatnya saya bangga menjadi seorang blogger. Dunia blogging kini menjadi perhatian ramai. Blogger mempunyai tujuan tersendiri kenapa mereka mahu terlibat dalam dunia blogging. Yang menjadi keutamaan, ia bersempadankan undang-undang dan adab sopan negara ini .

Tiada masalah dengan kritikan membina kerana ia sudah menjadi asam-garam bagi setiap wartawan. Semoga dapat menyumbang kepada pembangunan negara tercinta. Kepada yang kena kritik atau ditegur, ada ruang untuk bersuara kerana konsep dan penerimaan pendapat daripada pihak tertentu sentiasa terbuka selagi ia dilihat mempunyai fakta yang berasas untuk menjelaskan sesuatu perkara.

Ada yang berkata, wartawan 'orang penting yang tidak penting'. Maksud yang punya erti tersirat bagi mereka yang memahami dan telah menceburi kerjaya ini. Hayati dengan mendalam tugas wartawan yang ada kalanya seperti 'wakil rakyat' - tempat rakyat mengadu dan meluahkan perasaan.

Dunia blogging diceburi oleh pelbagai orang yang bertugas dalam bidang masing-masing seperti peguam, guru, doktor, wakil rakyat (DUN dan Parlimen), bekas wakil rakyat, ketua pengarang atau editor akhbar, ahli korporat, wartawan, ahli perniagaan, ahli sukan, selebriti dan ramai lagi..
Mereka ini sudah pasti tidak mahu memperjudikan integriti atau maruah dengan membuat berita palsu, tulisan tidak benar atau menyiarkan bahan bacaan yang tidak masuk akal. Kecualilah jika ada pihak yang punya agenda tersendiri dan sanggup gadai maruah.

Kebanyakan blogger menulis untuk menegur atau ingin memperbetulkan apa yang difikirkan tidak berjalan dengan baik. Wartawan yang menjadi blogger sudah pasti akan mengamalkan etika kewartawanan yang pernah dipelajari di Universiti atau kolej. Tidak boleh sewenang tulis berita palsu atau mereka-reka bahan berita. Pelajar kewartawanan diberikan pendedahan terutama dalam ilmu perundangan untuk memahami istilah-istilah seperti defamation, plagiarism, slander dan libel.

Bagi saya, blog membenarkan kita untuk memaparkan apa saja yang terfikir untuk dimuatkan dalam blog asalkan ia bersempadankan kepada undang-undang dan adab sopan di negara kita.
Prinsip kelima Rukun Negara 'Kesopanan dan Kesusilaan' haruslah menjadi panduan dan amalan yang sentiasa diingati kerana kita tinggal dalam negara demokrasi pelbagai kaum serta agama.
Blog berbeza dengan medium atau bahan bacaan bercetak. Ada pelbagai jenis bentuk dan ragam dalam penulisan blog yang dikendalikan oleh pemilik blog tertentu.
Ada ketika, apabila baca blog, minda terasa santai dan tenang...

Sekilas pandang,
daripada Ibrahim Tabir

10 ulasan:

erik said...

Assalammualaikum. Syabas dan tahniah untuk anda kerana dapat membina blog untuk memberi informasi kepada penduduk masyarakat Daerah Kunak. Teruskan usaha anda. Saya akan sentiasa membaca blog anda.

Kunak Press said...

Terima kasih saudara 'Erik'

Suara Keramat said...

Kalau begambar, pakai la songkok, agar tak nampak Kilat di kepala

Kunak Press said...

Perlu jujur dan ikhlas dalam penampilan diri.
Terima kasih Suara Keramat'
SELAMAT MEMBACA dan SELAMAT TAHUN BARU 2010

Suara Keramat said...

Sempena Tahun Baru 2010 Ini. Saya Cadangkan Kepada Kunak Press. Agar Membuat Pembaharuan. Apa Pandangan Anda Tentang 1 Malayasia. Apa Ka Ia Dapat Tercapai, Atau, Hanya Tingal Kenangan Saja

NicE said...

Well done!!!

PAS KAWASAN TAWAU said...

Tahniah atas penubuhannya...

Diharap akan ada kerjasama dalam penyampaian berita2 atau isu terkini dengan kami di www.pastawau.org

Terima kasih.

humbleyat said...

salam perkenalan kunak press..

Amoi Muncheet said...

Salam Encik Ibrahim..

Amoi ade send email ye.
Please check Inbox!

:)

New Age Thinker said...

Saya suka kepada filosopi anda :-)

ARKIB BLOG

PRU 13 : SIAPA CALON BN DUN KUNAK? (SCOOP 19 SIRI)

BURAS

BURAS
Buras or Burasa, which is made from rice and cooked in coconut milk, is usually served with beef and chicken dishes. For the Bugis Muslim community in Sabah East Coast, especially in Tawau, Kunak and Lahad Datu, Aidilfitri / Aidiladha celebration would not be complete without the Buras. Buras it is usually eaten with the 'ayam masak lengkuas'.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.
The underground tunnel (pictured) believed to be left behind by Japanese soldiers during World War II (WW2) has been identified as a potential tourist attraction in Kunak. Kunak Assemblyman, Datuk Nilwan Kabang explored the site with several officials on May 15 located at an oil palm estate owned by Sime Darby. The tunnel, which will also attract archeologists, is found to be unique in a sense. - click photo

EKSPLORASI KE LOKASI PRODUK PELANCONGAN BERPOTENSI - XPDC 2010 REPORT BY IBRAHIM TABIR