Friday, June 05, 2009

Pertingkat keselamatan Hutan Simpan Madai : Salleh


Oleh Ibrahim Tabir
KUNAK : Ahli Parlimen (MP) Silam, Hj.Salleh Kalbi berkata, tahap keselamatan di kawasan Pusat Rekreasi Hutan Simpan Madai-Baturong perlu dipertingkat dengan menyediakan prasarana dan kemudahan kepada pengunjung.
Kawasan rekreasi itu merupakan antara destinasi pelawat ketika cuti sekolah dan hujung minggu. Kawasan yang terletak kira-kira 15 kilometer dari pekan Kunak itu, adalah pusat sejadi Hutan Simpan yang diselia oleh Jabatan Perhutanan Sabah (Kunak).
Beliau yang melawat kawasan itu baru-baru ini menyatakan perlu ada agensi untuk menyediakan kemudahan seperti alat pelampung kepada pengunjung yang mahu mandi-manda dekat Air Terjun Madai (gambar).

"Peralatan keselamatan seperti itu amat perlu untuk mengelak kejadian seperti lemas dan kemalangan yang boleh meragut nyawa.

"Selain itu, kawalan perlu diperketat di kawasan puncak air terjun oleh kakitangan berkaitan dengan menempatkan pengawal di kawasan itu bagi memantau persekitarannya supaya pengunjung mematuhi peraturan", katanya.

Difahamkan, beberapa kejadian mengakibatkan kehilangan nyawa pernah berlaku terutama di kawasan berdekatan lubuk air terjun Madai.
Akhbar tempatan (Daily Express) pada tahun lalu, turut melaporkan kejadian di mana seorang guru sekolah dilaporkan mati ketika singgah di kawasan berhampiran air terjun Madai untuk bersantai.

Guru itu adalah tenaga pengajar di sebuah sekolah di Kota Kinabalu .

0 ulasan:

ARKIB BLOG

PRU 13 : SIAPA CALON BN DUN KUNAK? (SCOOP 19 SIRI)

BURAS

BURAS
Buras or Burasa, which is made from rice and cooked in coconut milk, is usually served with beef and chicken dishes. For the Bugis Muslim community in Sabah East Coast, especially in Tawau, Kunak and Lahad Datu, Aidilfitri / Aidiladha celebration would not be complete without the Buras. Buras it is usually eaten with the 'ayam masak lengkuas'.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.
The underground tunnel (pictured) believed to be left behind by Japanese soldiers during World War II (WW2) has been identified as a potential tourist attraction in Kunak. Kunak Assemblyman, Datuk Nilwan Kabang explored the site with several officials on May 15 located at an oil palm estate owned by Sime Darby. The tunnel, which will also attract archeologists, is found to be unique in a sense. - click photo

EKSPLORASI KE LOKASI PRODUK PELANCONGAN BERPOTENSI - XPDC 2010 REPORT BY IBRAHIM TABIR