Sunday, May 03, 2009

Pelajar SMK Kunak berjaya cipta rekod dalam 'MBR'


KUNAK : Seramai 40 orang pelajar SMK Kunak terdiri murid tingkatan Satu hingga Lima berjaya mencatat sejarah dalam acara Relay 40X400 Meter lari berganti-ganti selama 120 jam tanpa henti di padang sekolah tersebut pada 17 April hingga 22 April 2009 . Program itu berakhir pada jam 3.22pm dan disempurnakan penutupannya oleh Ahli Parlimen (MP) Silam , Hj.Salleh Kalbi .

Turut sama di majlis itu, Pegawai Pelajaran Daerah Kunak, Zamri Pehakan, Pengetua SMK Kunak, Mohd Tan Bacho dan Pengerusi PIBG SMK Kunak, Abdul Rahim Wahab.

Dalam ucapan penutupan majlis itu, Salleh turut berbangga kerana para pelajar telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen mereka menjayakan program tersebut yang turut dijayakan oleh guru-guru atas kerjasama para ibubapa.

Program berkenaan anjuran PIBG sekolah dan Kelab Olahraga SMK Kunak. Di majlis yang sama, Salleh menyumbangakan bantuan berupa dua set komputer kepada sekolah berkenaan dan beliau akan berusaha untuk memberi bantuan kewangan berjumlah RM 3,000 kepada Kelab Olahraga sekolah itu untuk aktiviti mereka pada masa akan datang.

Pengarah program itu ialah Alvin Raj Santhanadass yang juga guru di sekolah tersebut. Program yang dijayakan itu akan dimuatkan dalam 'Malaysia Book of Records' (MBR).

- Ibrahim Tabir (Daily Express reporter)

ARKIB BLOG

PRU 13 : SIAPA CALON BN DUN KUNAK? (SCOOP 19 SIRI)

BURAS

BURAS
Buras or Burasa, which is made from rice and cooked in coconut milk, is usually served with beef and chicken dishes. For the Bugis Muslim community in Sabah East Coast, especially in Tawau, Kunak and Lahad Datu, Aidilfitri / Aidiladha celebration would not be complete without the Buras. Buras it is usually eaten with the 'ayam masak lengkuas'.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.

NEW KUNAK ATTRACTION? UNDERGROUND TUNNEL IN KUNAK, SABAH.
The underground tunnel (pictured) believed to be left behind by Japanese soldiers during World War II (WW2) has been identified as a potential tourist attraction in Kunak. Kunak Assemblyman, Datuk Nilwan Kabang explored the site with several officials on May 15 located at an oil palm estate owned by Sime Darby. The tunnel, which will also attract archeologists, is found to be unique in a sense. - click photo

EKSPLORASI KE LOKASI PRODUK PELANCONGAN BERPOTENSI - XPDC 2010 REPORT BY IBRAHIM TABIR